Happy Birthday 11.11, dikala usia 36 tahun

11.11

Cantik number kan?

Itu la tarikh Aju dilahirkan di dunia ini.

11.11.2018 Genap la umur Aju 36 tahun. Pejam celik sudah setengah abad rasanya. Semakin dekat diri ini kepada kematian.

Kita wajib dan perlu menginggati diri kita kepada kematian. Kematian itu pasti. Tiada makhluk ciptaan Allah ini akan hidup beratus tahun lamanya. Paling lama jangka hayat didalam family ku ialah 55 tahun. Tengok saja Arwah Ayah. meninggal pada usia 54 tahun.

Pada usia 36 tahun, banyak telah Aju lalui dalam hidup ini. Gembira, Sedih, Jatuh dan Bangun, semua nya ada. Tapi Aju bersyukur dengan setiap dugaan yang Allah berikan. Apa jua dugaan Allah, Allah tahu Aju boleh laluinya dengan sabar, tawaduk. Walaupun dalaman sakit yang teramat.

Pada usia 36 tahun, apa yang telah aju kecapi dan lalui? Banyak- banyak. Ini adalah sebahagian sahaja yang mampu untuk Aju luahkan. Tidak semua yang mampu Aju luahkan. Biar ianya tersimpan dan tersemat di kepala dihati dan di Limbric System.

Pada usia 36 tahun, Aju bersyukur kerana Allah berikan Aju kesihatan yang sempurna. Sekadar demam, selsema, batuk, sakit badan, lenguh sana sini dan asthma sikit-sikit sahaja adalah biasa. Alhamdullilah aju mula rasa Medical card itu perlu. Iyer la nanti dah mencecah umur 40 tahun, mesti akan ada up and down. Sila la ambil Medical card dari PruBSN Takaful. Alhamdullilah aju terima full coverage!

Pada usia 36 tahun, Allah berikan aju rezeki dan sebuah pekerjaan yang aju rasa selesa. Walaupun ada up and down, kerja ku tidak la stress mana. Walaupun aju tiada simpanan kerana habis membayar rumah, kereta dan pelbagai hutang. Tapi Alhamdullilah setiap bulan rezeki pasti ada. Terima kasih Allah. Jangan lupa buat simpanan yer. belum terlambat lagi!

Pada usia 36 tahun, Allah sentiasa berada dengan ku, melindungi setiap perjalanan ku di muka bumi ini. Syukur Ya Allah.

Pada usia 36 tahun ini, Allah berikan Aju satu benda dimana Aju dapat berbakti pada keluarga. Aju tidak mempunyai duit mahupun harta untuk diberikan. Aju hanya punyai kudrat untuk membantu. Allah berikan pendengaran dan bahu untuk Aju mendengar setiap keluhan dan rintihan sedih dan gembira. Aju diberikan kenderaan untuk bergerak, Aju diberikan mata, tangan, kaki dan badan untuk bergerak dikala musibah melanda mahupun kegembiraan diterima. Bila usia meningkat, ianya mengajar aju sebuah erti keluarga dan kesabaran. Tapi adakala nya bila kesabaran mencapai tahap maksima, hilang pertimbangan berlaku. Biar diri tidak bahagia, asalkan yang lain gembira.

Pada usia 36 tahun, Allah berikan Aju anak buah yang comel dan cerdik. Aju bukan mahu merampas kasih sayang dia dari ibu ayahnya, cukup la sekadar aju dapat bermain dengan nya walaupun 10 minits. Don`t worry adikku, im not taking your son. Aju hanya nak melihat senyuman dia dan bermain dengan nya sahaja.  Ianya sudah cukup buatku. Aju dah jadi Aunty weii. Tua sudah aju nie!!

Pada usia 36 tahun, Aju mempunyai sebuah penempatan yang membolehkan semua ahli keluarga berkumpul. walaupun penempatan ini penempatan orang bujang, tapi mereka masih berbesar hati untuk datang. Alhamdullilah. Happy bila semua dapat berkumpul, makan, berborak, ketawa tapi bukannya menangis. Oooo no! Dulu hanya aunty, uncle dan cousin. Tapi sekarang nie ada ahli keluarga baru iaitu anak buah 3 orang pulak tue. Soon akan bertambah lagi. Syukur!! Nikmat Allah.

Pada usia 36 tahun, Allah masih lagi menangguhkan jodoh ku. Apa pun aju redha. Jika tiada di dunia, biarlah adanya di akhirat kelak. Jika ditakdirkan aju tiada pasangan, Engkau bantu lah aju dengan memberi kekuatan kudrat dan kesihatan supaya aju mampu berdiri dan bergerak sendiri tanpa perlu bergantung pada sesiapa. Aju tidak mahu tinggal dirumah orang tua mahupun menumpang dirumah adik beradik. Berilah aju kesihatan. Jika engkau mahu berikan aju kesakitan, ambil lah aju kesisi mu Ya Allah supaya aju tidak membebankan sesiapa. Aju takut!

Pada usia 36 tahun, Allah berikan aju jalan dan membuka mata ku untuk membuat sesuatu yang aju suka. Sejak belajar, aju suka tengok orang buat kerja sukarelawan. Tapi, disebabkan masalah kesihatan dulunya, pergerakan terbatas. Tapi sebenarnya ada banyak lagi cari untuk membantu dan salah satunya ialah dengan bisnes. Aju bukan orang yang mempunayi ciri menjual, tapi aju suka membantu orang.

Bagaimana bisnes dapat membantu orang? Cari lah sebuah bisnes yang mempunyai produk yang dapat membantu masyarakat seperti yang sedang aju lakukan sekarang ini. Aju ceburi diri dalam dunia bisnes dengan mengedarkan Minyak Pati @ Essential Oils dari Young Living. Young Living sebuah syarikat MLM. Seperti semua tahu Essential Oils dapat membantu tingkatkan kesihatan dan juga membantu dari segi kestabilan emosi dan fizikal. Dari zaman atok nenek, mereka sudah menggunakan Essential Oils. Minyak pati ini dari sumber tumbuh- tumbuhan dan asli.

Dari bisnes nie, kita membantu orang. Bantu kesihatan dan juga bantu mereka ini menjana pendapatan.

Sejak 2 tahun lepas, Aju ceburi dunia MLM dimana Aju menjadi pengedar Essential Oils Young Living. Aju jenis orang yang suka selidik dahulu bisnes MLM ini. Tak semua MLM menipu dan juga mempunyai produk yang bagus, tulen dan asli. Alhamdullilah Essential Oils Young Living nie banyak keistimewaan dan produk yang sangat bermutu tinggi. Persepsi masyarakat mengenai MLM ini sangat la teruk. Tapi sila la tengok produk nya. Selidik produk nya dan bukan cara jualannya.

Siapa yang rasa mahu buat bisnes, patut ceburi bisnes MLM. Sebab apa?

Tak perlu risau mengenai produk. Semua telah tersedia. Kita hanya berkongsi tentang kebaikannya pada kesihatan, emosi dan fizikal sahaja. Seperti kita buka stesen Petronas. Kita jual minyak dari Syarikat Petronas. Yang membezakan stesen minyak dengan MLM Young Living ialah, Stesen Minyak kena ada tapak untuk membina stesen, tapi MLM Young Living, kita hanya perlukan tapak di Online seperti Facebook, IG , blog. Betul tak?

Pada usia ini Aju masih lagi struggle untuk mengukuhkan bisnes ini. Aju start awal tapi maklumlah, busy dengan kerjaya tetap. I had 4 years more untuk stabilkan dan capai sesuatu dari bisnes ini.

Apa jua yang aju kecapi sehingga usia sekarang ini, semua dari redha ibu ayah. Walaupun ayah sudah tiada, aju merasakan beliau sentiasa memerhatikan dan dekat dengan ku. Redha ibu, walaupun aku sering tidak bersefahaman dengan nya, ada lah jua sedikit 0.001% titipan doanya kepada ku.

Apa pun, doakan kebahagiaan ku, kesihatan ku, keselamatan ku supaya aku mampu berbakti pada semua.

Love everyone!

**coretan ini ditulis supaya bila mana suatu hari aku tiada lagi didunia ini, ada juga orang yang dapat membaca dan jadikan ingatan. 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge