Library dan Librarian di Musim Covid-19

Library, Librarian dan IPT tidak dapat dipisahkan. Akibat Covid19, Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakkan dan semua institusi pengajian tinggi di tutup mulai 18 March sehingga 31 March, tetapi pada 26 March, PM mengumumkan lanjutan PKP sehingga 14 April 2020. Ini bermakna, 28 hari kita kena Stay at Home dan Work from Home.   Academic Library di Universiti dan Institusi pengajian tinggi terpaksa di tutup.

Bila IPTA tutup,  Library pun ditutup.  Bagaimana Library nak Work From Home?

Pening kan? Orang luar mesti cakap, staf library semua goyang kaki, makan dan tidur saja.

Ooopppssss! Dont Judge from its Cover. Kenal dulu keja librarian macam mana.

Ini tidak akan berlaku pada Cik Zura dan staf-staf Library. Kenapa?

Nak jadi Librarian bukan senang tau. Kami nie ada Profession certificate. Staff Library Cik Zura semua ada Degree dalam bidang Library dan Cik Zura ada Masters dalam dunia Knowledge Management.

Jangan pandang Librarian sebelah mata tau. Kami professional. You all ada?

Macam kerja di Hospital, doktor dan nurse perlu ada qualification. Mereka belajar bertahun- tahun ilmu kedoktoran dan nursing. Begitu juga kami Librarian. Kami specific pada bidang kami.

Faham?

Automated Library

Semua operasi library mengunakan Library System. Banyak kerja boleh di buat menggunakan Library System.  Ini masanya untuk mengemas kini sistem dan checking items. Nak tahu kerja apa ? Ini antaranya yang u ollz pun boleh buat :

  1. Update Public Note entry dengan nama Faculty dan Program. Ini untuk menyenangkan kita semasa generate MQA dan accreditation documents. Entry nie perlu di key-in bagi setiap items. Bayangkan ada 10k records untuk di identify.
  2. Bila library close down, makanya ramai yang tidak dapat pulangkan buku. Untuk tidak mahu peminjam ini risau tentang berapa banyak denda perlu dibayar, library akan hantar email kepada setiap peminjam ini mengenai status peminjaman buku mereka. Semua list nie boleh digenerate dari library system.
  3. Menukar location buku di dalam sistem. Ada buku yang perlu ditukarkan dari General Collection kepada Reserve Collection. Ini semua untuk buku- buku yang di bawah koleksi Reserve dan 2hrs loan. Staff kena tukar satu persatu di dalam sistem. Ini kira special project la. Kita tukar policy. Location pun kena tukar la.
  4. Kemaskini Catalogue records. Contohnya betulkan subject heading, verify semula Call Number dan sebagainya. Ialah sekarang nie kan ada Copy Cataloguing. Kadang- kadang copy and paste saja. Tak sempat nak check. So, nie masanya untuk cek dan betulkan. Ada ker Librarian yang bawa balik buku ke rumah untuk buta Cataloguing?

Oklah nie antaranya. Sebenarnya semua sekali ada dalam 10 task dan perlu dibahagi- bahagikan pada staff mengikut kemampuan staff dan knowledge staff. Apa pun guide itu penting. Memberi guide tue kerja Cik Zura la.

Opss ! Ada yang tanya, Library Cik Zura guna Library System apa. Saya guna Koha System. Nak guna sistem nie, kena ada background sistem dan programming. Sebab kita boleh generate dan customized report sendiri.

Cik Zura ada la basic programming. sekarang nie pun tengah belajar lagi. Company lama dulu, Cik Zura jaga keseluruhan library system yang digunakan oleh 4 library.

Disini hanya 2 library saja.

Saya pula, sebagai Chief Librarian buat apa? Seperti biasa saya menyediakan library planning sehingga hujung tahun, KPI staff dan librray, paperwork seperti 4 years Journey, Kemaskini SOP dan buat policy baharu, email vendors untuk quotation, proposal event dan juga monitor kerja- kerja staff library. Setiap hari pukul 5.30 petang, staff library akan hantar report dan saya akan key-in kedalam KPI mereka. KPI ini akan dihantar kepada pihak Pengurusan jika berlaku cut of salary dan appraisal.

Macam mana saya guide dan monitor staff? Mereka nie kalau ada masalah, akan terus whatsapp saya atau pun kami video call. Semua di hujung jari.

Ini la pentingnya untuk AUTOMATED kan kerja- kerja library u ollz.

Jangan kata Library tutup dan staff goyang kaki semasa Covid19. Ini semua tidak terjadi.

Walaupun ada staff yang alami masalah internet, tapi mereka ini masih gigih menyiapkannya walaupun report terpaksa dihantar puluk 11.59pm ataupun 12.30am hari berikutnya.

Bila nampak staff hantar selepas pukul 12 tengah malam, sila la tanya apa masalah staff tersebut. Jika ada masalah, cuba solve kan bersama.

Chief Librarian sebagai Leader.

Leader bukan saja manage tapi mengajar dan menyelesaikan masalah bersama. Lead by Experience. Kita perlu dijadikan sebagai tempat rujukan pada staff untuk menjalankan tugas. Tanggungjawab Leader sangat berat. Leader perlu ada experience dan bertanggungjawab.

Saya harap u ollz faham semua nie. Walaupun Library tutup, Librarian tidak shutdown yer. Kami pun bekerja. Cik Zura pun bekerja

Nak bagi pihak management faham, itu yang susah.

Okay la semua Librarian dan future Librarian. Be knowledgebale dan automated daily process. Bila kena Shutdown begini, you masih boleh buat kerja. Tidak la orang kata Librarian Shutdown dan Goyang Kaki

Gaji yang kita terima pun berkat.

Nak tahu apa- apa boleh la tinggal komen di ruang komen. Nanti Cik Zura reply.

Salam dari Cik Zura

Librarian lapuk pengalaman 15 tahun.

2 thoughts on “Library dan Librarian di Musim Covid-19

  1. hi cik Zura, Assalamualaikum. Terjumpa entri ni time tengah cari information tentang librarian sebab macam berminat untuk jadi librarian memandangkan sekarang belajar course information management 🙂 Thank you for the info! harap cik Zura boleh tulis entri tentang how to be librarian, interview question and so on. Menarik! Oh ya, masih tertanya kalau pelajar yang ambil course Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat from USIM boleh jadi librarian in the future?

  2. As alam Cik Zura. Kalau saya nak apply jadi librarian tapi takda background dlm library management boleh ke ? Saya sangguot belajart Dan mula dari bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge