Detik yang dinanti akhirnya tiba

Bulan Zulhijjah, bulan yang sangat mulia dan sangat ditunggu oleh semua orang. 10 hari pertama di mana umat Islam di Wajib kan berpuasa kerana pahala Puasa Sunat nya sangat la besar pahalanya. Ianya dikenali sebagai hari- hari emas dan ganjaran pahala nya lebih besar dari bulan Ramadhan. Zulhijjah juga adalah bulan di mana semua umat islam mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Mekah.

Alhamdullilah tahun nie dapat ku menjalani ibadah Puasa Sunat bermula 1 Zulhijjah sehingga hari ini.

Tanggal 16 Ogos 2018 bersamaan dengan 4 Zulhijjah 1439H, lahir nya seorang umat Allah yang sangat suci putih bersih. Belum dicorak kan jalan kehidupan, yang masih baru melihat dunia. Kelahiran si comel di tunggu- tunggu oleh seluruh keluarga. Buat Sinar keluarga pada tahun ini setelah pelbagai dugaan dan kesedihan di hadapi.

Walaupun pelbagai detik dan berita di dengari dari kejauhan sana, kami disini menanti setiap detik dengan penuh sabar. Hanya doa dapat kami panjatkan semoga semuanya berjalan lancar. Allah lebih maha berkuasa dan lebih mengetahui. Pengaturannya sungguh indah dan cantik.  Alhamdullilah ibu selamat melahirkan si kecik comel pada pukul 7.30pagi (exact time kena tanya si ayah dan si ibu). Detik cemas, panik hanya Allah saja yang ada bersama si ibu dan ayah di sana. Seperti mana kami disini setiap detik dan masa tidak pernah putus berdoa kepada Nya.

Allah sentiasa bersama Mu sayang.

Nama di berikan kepada si Kecil ini yang mempunyai maksud yang sangat mendalam.

“Yang terpuji dan di Rahmati, Seorang kawan Nabi Musa A.S yang soleh serta menjadi Kebanggaan agama, dan keutamaan dari Allah swt”

Doaku buat anak buah ku, Semoga engkau membesar menjadi Anak yang soleh, yang Ikhlas, yang berdedikasi, yang Amanah dan yang Alim. Disamping diberikan kesihatan yang sempurna dan membesar dengan penuh kasih sayang dan rahmatnya. Semoga engkau sentiasa di bawah lindungan Allah s.wt.

Buat Ayah dan Ibu, Corak lah langkah si comel ini berlandaskan Al-Quran dan Al- Sunnah.

aamiin.

Coretan ikhlas buat mu si comel Haider. ~

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge