Forum: Why should we touch a dog | Matlamat tidak menghalalkan Cara

blogger-image-1397138063

Salam buat semua pembaca blog Aju@VitaSyopz. Malam nie nak menyentuh sedikit tentang isu berkaitan program “Touch the Dog”. Ianya menjadi viral di social media dan diperkatakan diseluruh pelosok masyarakat.

Pada saya sebagai orang Islam kita dah diajar dengan pegangan agama, sunnah dan Al-Quran sebagai panduan hidup. Tapi kenapa ada masyarakat kita ini berfikiran cetek dan melanggar syariat islam. Sah-sah didalam hadist dan al-quran mengatakan binatang ini haram disentuh apatah lagi dibelai. Hadist juga telah memberi panduan supaya menyamak jika terkena atau terpegang binatang ini. 
Banyak lagi binatang yang halal untuk dipegang sebagai contoh kucing. Nabi sangat menyayangi kucing. Tapi kenapa kita masih kejam untuk mendera kucing. Kenapa kita tidak membelai kucing. Sah-sah kucing halal dipegang disisi islam. 
So, jom fikir-fikirkan. Kenapa masih perlu memilih binatang yang haram dipegang. 
Objektif penganjur telah terpesong dan motif untuk memesongkan islam itu sendiri. Seperti kata Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Idris dalam forum “Why should we touch a dog” “Matlamat tidak menghalalkan Cara“.
Sebagai umat islam yang berfikiran waras dan berpegang kepada AlQuran dan Sunnah, berbalik lah kepada pegangan hidup kita ini. Kuatkan iman dan panjangkan akal anda untuk berfikir yang mana halal dan yang mana haram. Jangan sesekali menghalalkan yang haram. 
Terima kasih kepada ilmusalaf dotcom atas forum penjelasan sebentar tadi. 
Ilmu Salaf_Why Should we Touch a Dog

Barakallahu fiikum.
Salam sayang
Aju@Azura
Email: ajuatelier01@gmail.com
** pandangan dari seorang pemerhati. Maaf jika ada yang tidak bersetuju. Masing-masing mempunyai pemikiran sendiri. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge