Kenapa ada Kerjaya sebagai seorang Pustakawan?

Librarian

Seorang Pustakawan, dunia nya dikelilingi dengan buku, maklumat, berita dan data. Knowledge keeper adalah seorang Pustakawan. Di Overseas, mereka sangat menyanjungi Perpustakaan (Library) dan Pustakawan (Librarian).

Kerjaya sebagai seorang Pustakawan bukan bekerja di Perpustakaan sahaja, tapi terbawa- bawa nya ke rumah. Rumah dah bagaikan mini Library. Ada buku Ilmiah, Magazines, buku motivasi, buk agama dan sebagainya.

Jangan terkejut, bila mana ada Pustakawan yang menjadi penulis. Sama ada penulis buku, penulis blog, penulis cerpen dan penulis hati (cia…cia…cia…)

Dunia akan SEPI tanpa Pustakawan. Nak tahu kenapa?

Siapa lagi yang akan menyimpan Informasi dan Data?

Siapa lagi yang akan menjadi Knowledge Keeper?

Siapa lagi yang akan preserve semua Data?

Siapa lagi yang akan bantu retrieve data lama- lama dan terbaru?

Siapa lagi yang akan bantu Akademi membeli dan memilih bahan rujukan?

Siapa lagi yang akan bantu pelajar untuk menyiapkan assignment, thesis, dissertation?

Siapa lagi yang akan bercakap dengan MQA, Accreditation Bodies, Professional bodies dan banyak lagi.

Siapa lagi…

Siapa lagi…

Siapa lagi…

You all boleh tambah la sendiri.

Ada yang kata Pustakawan tidak layak digelar Professional.

Siapa kata kerjaya Pustakawan tidak Professional. Untuk menjadi seorang Pustakawan, you perlu ada sekurang- kurang nya Bachelor Degree dan jika mahu mencapai ke jawatan Head of Library/ Chief Librarian/ Library Manager, you perlu ada Masters in any fields di bawah faculty Information Management (Library).

Alhamdullilah, Aju dah lama ada Masters in Knowledge Management dari UiTM. Aju purely anak keluaran UiTM Shah Alam dan Puncak Perdana.

Di Malaysia ada 2 universiti awam yang menawarkan kursus Pustakawan iaitu UiTM (Diploma ke PhD) dan UIA (Masters & PhD).

Untuk menjadi Doktor, you perlukan kelayakkan dalam bidang kedoktoran sehingga ke specialist. Mana ada Kursus Bankers menjadi Doktor. Sebab tue kerjaya doktor di panggil Professional. Professional di dalam bidangnya. Begitu juga kerjaya Pustakawan. Untuk menjadi Professional Pustakawan, you perlu ada Diploma, Degree, Masters dan PhD). Kami juga digelar Professional. Hanya kami Librarian yang tahu sistem library, cara katalog buku dan resources masuk ke dalam sistem, kami ada global standard untuk katalog buku, kami ada Perpustakaan National dan banyk lagi la yang kami ada.

Position di Dalam Perpustakaan

Ini adalah ranking bagi university atau college medium size

Paling Atas : Chief Librarian / Head of Library / Manager

Layer ke dua : Librarian

Layer ke tiga : Assistant Librarian

Layer ke empat : Library Assistant

Layer ke lima : Library Admin

Tak semua yang bekerja di dalam library boleh dipanggil Librarian. Setiap ranking, qualification mereka berlainan. Tapi yerla, semua pukul rata. Kerja library saja di panggil Librarian. Itu masyarakat marhein. Bila jadi masalah di Perpustakaan, nama yang akan naik ialah Librarian.

Nak tahu tugas setiap position ini?

Baca entry Aju yang seterusnya nanti. Banyak lagi yang perlu di hebahkan pada semua.

Stay tune ~

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge