Ketagihan Internet

blogger-image-2073527949

Ketagihan Internet

Masalah ketagihan Internet walaupun belum terdapat kajian terperinci di megara ini tetapi beberapa negara seperti Korea dan china telah mempunyai klinik khusus untuk merawatnya…

Di Korea terdapat 4% Remaja memerlukan rawatan ubat dan perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan ketagihan Internet dan ini selari dengan penembusan Internet dan pemilikan dua hingga tiga gajet seorang. Manakala di China pula, 10% Remaja mengalami masalah ketagihan Internet dan memerlukan rawatan bukan ubat. Di Malaysia belum ada kajian menyeluruh dilakukan bagi menganalisa masalah dan mendapatkan rawatan secara efektif.

Kes ketagihan Internet masih boleh dikawal jika pencegahan awal dapat dilakukan. Antaranya:

– Mengehadkan penggunaan Internet kurang dari dua jam kecuali melibatkan hal kerja atau sekolah
– Jangan luahkan perasaan pada laman sosial tetapi cari punca masalah
– Berikan masa untuk bersama-sama keluarga seperti makan dan beribadah
– Didik anak-anak menggunakan Internet dengan betul misalnya portal pendidikan dan multimedia
– Kenal pasti perubahan emosi. Seperti siber buli dan pergaduhan di Internet

Bagaimanapun jika keadaan telah menjadi semakin teruk, mereka yang ketagihan Internet perlu mendapatkan rawatan. Ini bergantung kepada betapa serius saman ada hanya kaunseling atau melibatkan ubat dan dimasukkan ke wad. Maslah yang tidak dapat dikawal memerlukan terapi kelakuan kognitif dengan focus selain Internet bagi mengeluarkan stress Internet. Apa yang penting adalah mencari punca masalah mengapa menggunakan Internet sebagai jalan keluar.

Salam Sayang buat anda
-Aju-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge