Ramadhan 2018 hampir ke penghujung

Ramadhan tahun ini akan meninggalkan kita semua yang kurang dari 72 jam lagi.  Hari ini 13 June, hari terakhir untuk kita semua memasak untuk Sahur 14 June. InsyaAllah, kita semua akan menyambut Syawal pada 15 June 2018. Ramadhan tahun ini meninggalkan keluarga kami dengan 1001 kesedihan. Walaupun ianya tidak boleh ditangisi, tapi tidak pula perlu dilupakan.

Tanggal 29 May 2018 bersamaan dengan 13 Ramadhan, pergi nya seorang uncle iaitu Uncle Yusof mengadap ilahi. Walaupun kami bersedia dan tahu akan kehilangan nya, tapi tidak terdetik di hati kami, bahawa beliau akan pergi pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Apa yang membuatkan Aju terkesan dengan pemergian nya ialah keperihatinan beliau. Actually Aju rapat dengan aunty-aunty Aju. Aju ada 2 favourite aunty iaitu Aunty Melaka dan Aunty Penang. Aunty Melaka aju call her Aunty Na dan Aunty Penang aju call her Aunty Jah. Dalam banyak-banyak Uncle pulak, yang aju paling respect ialah Uncle Aziz dan Uncle Yusof. Yang lain bukannya tak respect tapi mereka tetap di hati. Mereka berempat ini terlalu istimewa, tak tahu la kenapa. Setiap kali mereka ada, terasa konfiden dan terasa selamat.

Mereka ini merupakan penyeri dalam family besar kami. Ada saja cerita dan lawak-lawak yang akan dibuat setiap kali berjumpa. So many things untuk bercerita.

Ramadhan dan Raya tahun lepas, Uncle Aziz pergi merantau manakala tahun nie pulak kami kehilangan Uncle Yusof buat selama nya. Raya tahun lepas, aku tidak menyarungkan baju raya tapi tahun ini, tolong la beri aku peluang untuk menyarung baju raya.

Tahun nie kami decided untuk beraya di Melaka. Teringat kembali 11/12 years ago, bila mana kami kehilangan arwah babah. Semua family berkumpul di rumah kami untuk menyambut Raya bersama-sama. Walaupun hati sedih, tapi kesedihan itu perlu disimpan jauh-jauh kerana kehidupan perlu diteruskan.

Alhamdullilah, kami anak-anak Ayah telah berjaya. If babah masih ada, sure beliau orang pertama yang happy melihat kejayaan kami.

Dulu masa Anak- anak babah masih belajar, kami akan naik komuter pergi Sogo untuk shopping. Happening masa dulu. Tapi, aku takde la happening sangat, sebab aku di control oleh mak aku. Nak beli baju saja, mesti la dengar suara-suara mak aku yang membantah. Semua ada larangan dan had nya. Babah pun time tue ikut saja la, maybe sebab malas kena bebel. Aku pun redha saja la.

Apa pun tahun terakhir Raya kalu tak silap tahun 2005, aku beli baju melayu biru untuk babah. Beli dengan duit Gaji aku.  Sebab time tue tema nya Biru. Itu la yang terakhir Raya bersama babah. Baju tue masih tersimpan kemas didalam almari rumah mama sehingga sekarang.

Tapi aju tahu, sekarang nie babah mesti dah berjumpa abang nya di sana dan berjumpa dengan uncle yusof disana. Babah tidak lagi keseorangan di sana.

Aju doakan semoga kita dapat menempuhi Ramadhan akhir nie dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.

Aju doakan Arwah Babah, Arwah Atok dan Arwah Uncle ditempatkan di kalangan orang- orang yang beriman dan beramal soleh.

Buat Arwah Babah, Aju rindu sangat!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge