Siri 2 : Imam siapakah dia ini?

Di petang yang dingin, hujan membasahi bumi. Di bilik meeting dimana muka masing-masing agak tenang dan ada juga yang tidak berpuas hati. Aku melangkah masuk dan mencari dimana tempat yang telah di ‘copkan’ oleh kawan ku. Mata melilau membelek kertas atas meja, oppss nie tempat aku yang dicopkan tue.

Letak buku nota ku, aku disapa oleh Dean Faculty H. Aku masih berdiri dan memandang. Menjawab soalan Dean dengan sedikit gugup kerana ada mata- mata memandang tepat ke mata ku. Kemudia, aku di tegur oleh HOD faculty H bertanyakan info. Ku jawab sambil mata ku sudah melilau entah kemana.

Mereka ini duduk di row yang sama dengan ku, cuma ku didepan dan mereka ini dihujung meja.

Selepas beberapa minit, member yang copkan tempat, datang dengan senyuman. Member aku nie memang selalu berbaju kurung. Aku jer brutal berseluar. Berbaju kurung ikut mood saja. Aku balas ‘thank you beb’ copkan tempat. Kalau tak kena la aku pie cari kerusi sebab semua kerusi dah penuh. Setiap kali meeting memang memasing akan roger- roger bertanya samaada pergi meeting atau tidak. Meeting nie bosan sebenarnya sebab semua nya orang academic. Nak menghadam satu persatu, alahai. Masalah academic memang tak pernah habis.

Semasa meeting berjalan, aku memang fokus sebab aku nak bercakap juga. Aku pun ada agenda ku untuk dibentangkan kepada academic. Bila ada academic sebelah- sebelah aku nie bercakap, secara automatik, kita akan toleh dan pandang untuk memberi respond.

Pandang jer mesti terpandang tepat pada matanya. Mata dia pun tepat pada mataku. Woooo..

Dari anak mata ku, aku perhatikan Si Dia ini memerhatikan aku. Dalam hati dah kenapa la orang nie. Seram sejuk aku dan hati berdegup laju. Aku cuba tenangkan diri. Setiap kali aku toleh, dia cuba alihkan pandangan nya.

Bila time aku bercakap, semestinya semua mata memerhatikan aku. Yerla budak library nak bercakap. Kalu tak bercerita pasal budget, bercerita pasal buku yang tiada penghujungnya. Aku selamba jer la sambil ketawa- ketawa, aku tunjuk penumbuk kat HOD faculty A tanpa sengaja, sebab tetiba nak hantar budget bila dah lepas closing date. Si Dia kat sebelah tue hanya senyum saja perhatikan gelagat aku. Dalam hati ALAMAK!!! Mata bertemu mata.

Akhirnya semua ketawa dan suasana kembali slow sedikit. Si Dia masih mencuri- curi pandang. Apa benda la Si Dia nie. Aku hanya mampu tersenyum saja la. Member sebelah aku lagi la, siap tanya ‘ko nie dah kenapa’. Orang tue dok intai- intai. Aku jawab selamba ‘ entah la wei ‘ Kalau suka cakap jer la. Tak yah la nak curi- curi.

Habis meeting, aku pun jalan turun ikut lift kiri. Aku dah segan nak lalu lift academic. Hahaha. Apa benda la kan!

Dalam otak nie, banyak lagi kerja perlu disiapkan di office. Esok hari MQA visit.

Jam dah pukul 5.30 petang, time to go back! Aku masih ting tong lagi dalam library sebab label ada yang salah. Staff tak perasan sampai la aku pie cek satu persatu. Habis jer aku pong pang pong pang, aku tutup lampu bilik dan angkat beg terus keluar office. Yang aku tahu, aku penat dan nak balik.

[ Jalan menuju ke counter recept untuk thumb out ]

Dari luar pintu kaca, aku nampak 2 orang lelaki berdiri bersembang rancak di counter recept. Pintu kaca ku tolak, dan salah sorang lelaki ini memandang sambil tersenyum. Sebelum tue, 2 kali dia menoleh untuk melihat siapa yang menolak pintu tue.

Aku melangkah masuk dengan senyuman. Drama bermula di mana terdengar la lagu ‘Azura’ dari Jamal Abdillah. Azura..Azura…saja yang terkeluar.

Reaksi aku?

Senyum dan ketawa. Apa lagi nak buat. Aku bukan reti nak berdrama

Adik recept tue tersenggih – senggih tengok aku. Nampak kot muka aku menahan malu.

Dalam hati aku, parah weii.

Aku tunduk jer kepala sambil nak thumb out. Nasib la mesin thumb out ini baik. Tak buat hal.

Sambil nak thumb tue, aku nampak dari anak mata ku, terintai- intai si Dia nak tengok reaksi aku. Aku senyum saja la. Ya Allah, muka nie macam dah merah tapi kulit ku gelap, mana nak nampak merah nya. Hahahaha.

Aku cepat- cepat thumb out sebab aku nampak Si Dia dah nak capai tarik keluar bunga pasu yang ada kat recept tue.

Kalau aku tunggu memang Drama sangat la nanti ~

Alahai si Dia nie. Pandai pula berdrama. Jangan yukk nanti bini marah. [ dah berbini kan? walaupun ada yang cakap, member tue nak ‘try’ aku. apa benda la!]

Selesai thumb out, aku terus pusing menuju ke lift. Sebelum melangkah setepek aku bagi salam ‘Assalammualaikum’ dan ‘Bye”

Salam ku disambut di sebalik pintu.

Seram sejuk, Jantung bagai nak terkeluar di buatnya. Aku jalan menuju ke parking sambil tersengih ingatkan  drama tadi.

Korang nie, drama betul la. Tengok cerita melayu banyak lagi. ishhh..

Tak salah untuk sukakan orang. Itu lumrah dan naluri setiap insan ciptaan Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge