Siri III : Mencari Rusuk Kiri Ku

Setelah lama menghilangkan diri kerana kebizian harian, kini dia muncul kembali.

Aduhhh.. telefon berdering dan nama itu tertera.  Jawab atau mahu biarkan ianya berdering..

Orang paham kot, kalu kita tak angkat, maknanya kita tengah busy. Tiada apa yang perlu diperkatakan lagi. Hubungan ini hanya la antara kawan sahaja, biar pun ada unsur-unsur untuk mencuba sehingga kini. Tapi ku tahu, engkau tidak mampu.

Sempadan perlu di bina semula seperti sebelum ini. Biar la apa dia nak cakap.

Aku masih meneruskan hidup ku seperti biasa. Aku lebih berhati-hati bila berkata supaya perkataan sedemikian tidak muncul kembali. Bukan hendak menafikan, aku cuma mahu kan seseorang yang dapat membawaku ke Jannah. Hold my hand to Syurga!

Pada aku sesiapa jua yang muncul dalam hidup ku, mereka hanya la sebahagian ujian yang Allah berikan kepada ku.

Aku terima mereka ini dalam hidupku, supaya aku kenal apa itu erti sebuah kehidupan. sebelum ini aku terlalu busy dengan kerjaya ku.

Seperti aku coretkan dalam siri sebelum ini (Siri I dan Siri II), Allah sedang menguji aku. Allah ketemukan aku dengan pelbagai jenis dan ragam manusia. Dari pelbagai peringkat usia dan pangkat.  Untuk melihat bertapa kuat nya Iman ku dan bertapa rasional nya fikiran ku.

Tapi hanya SATU yang ALLAH sedang HOLD kan untuk ku. Siapa dia, aku tidak tahu. Semuanya Rahsia dari Allah. Jika tidak di Dunia, mungkin di Akhirat kelak.

Please hold my hand to Syurga. Kun Faya Kun

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge