SIRI KURUS KE LIMA : 8 Menu untuk Kurus

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!

 

Bagi mereka yang sedang dalam proses untuk menguruskan berat badan, ada beberapa menu yang perlu diguna pakai. Walaupun ianya nampak simple dan mudah, jika anda turutinya, ianya mampu memotong kalori dalam makanan harian anda. Fokus pada perubahan kecil dahulu dengan cara menukar pengambilan makanan. Jom ikuti diet menu yang perlu ditukar dalam diari kota hati anda. InsyaAllah dengan penukaran yang sedikit ini dapat menolong anda turunkan berat badan.

1. Tukar Mentega ambil Puri Avokado

Kedua – dua mentega dan puri avokado adalah lemak tetapi puri yang dibuat sendiri tidak mengandungi bahan asing. Rasanya lebih lemak dan boleh digunakan untuk menggantikan mentega di dalam brownies.

2. Tukar Cip Kentang  ambil Bertih Jagung

Bertih jagung  tanpa perisa adalah snek yang terbaik untuk menggantikan cip kentang yang mempunyai kandungan garam yang tinggi serta berminyak. Jika mahu lebih sihat, buat sendiri bertih jagung dan tambah serbuk kayu manis dan serbuk cili sebagai perisa.

3. Tukar Yogurt berperisa buah-buahan ambil yogurt asli bersama buah-buahan

Yogurt berperisa buah-buahan biasanya di datangkan dalam bungkusan dengan gula. Bagi mengelakkan kita mengambil gula berlebihan, cukup hanya yogurt asli yang dicampur dengan buah-buahan segar. Tambah madu jika nak rasa manis sedikit.

4. Tukar Sos Tomato ambil Kepingan Tomato

Piza adalah makanan yang ringkas dan sihat jika menggunakan bahan-bahan yang rendah kalori. Bagi memotong kandungan sodium, gula dan bahan pengawet, apa kata tukar sos tomato kepada tomato segar yang dihiris nipis. Tekstur mungkin sedikit berbeza tetapi rasa lebih segar dan sedap

5. Tukar Garam ambil Sebuk Bawang Putih

Seperti daun- daun dan herba segar yang lain, bawang putih boleh dijadikan serbuk tanpa menambah sodium. Namun, jangan tersalah pilih di antara serbuk bawang putih dengan garam bawang putih!

6. Tukar Salad ambil Bayam

Walaupun kedua-dua sumber ini adalah sayuran hijau tetapi salad kurang nutrisi. Namun bayam kaya dengan zat besi, magnesium, folat dan vitamin A dan C.

7. Tukar Gula dan Krim ambil Kulit Kayu Manis

Tabur serbuk kulit kayu manis di dalam kopi dapat mengurangkan hampir 70 kalori secawan berbanding dengan menambah gula dan krim. Selain itu, kulit kayu manis juga berupaya meningkatkan metabolisme.

8. Tukar Ayam Tumis ambil Ayam Tandori

Selain boleh mengelakkan sodium dalam kicap dan minyak pada ayam tumis, kari yang digunakan pada ayam tandori merupakan sumber antioksida yang tinggi.

Saya harap menu berkhasiat ini dapat membantu anda mengurangkan berat badan. Ianya lebih sedap dan segar.

Terima Kasih

Aju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge