Siri V : Mencari Rusuk Kiri Ku

Rose is Cinta

Penyambungan cerita ini belum berakhir. Walaupun kadang- kadang rasa letih, tapi Janji Allah itu pasti.

Sejauh mana engkau mencari, sebanyak mana orang yang hadir kepada engkau, jika Allah kata “its not for you” benda tidak akan terjadi.

Disaat kesibukan, dugaan sana sini, kecundang dan bangun, pasti akan ada Cahaya di sebaliknya. Biar ianya lambat datang, asalkan yang datang itu dapat menyempurnakan kehidupan ku dunia dan akhirat.

Di saat Dia itu wujud, semua mata memerhati. Setiap ayat yang dikeluarkan oleh nya, membuat kan mereka disekeliling kami memandang sesama mereka. Selagi mahu ku elakkan, pasti akan bertembung. Itu lah cantik nya aturan Allah.

Biar masa dan waktu menentukannya. Tiada pengharapan diberikan, hanya doa ku pohon.

Selama aku disini aku sentiasa menjadi mata pemerhatinya tanpa ku sedari. Tidak langsung ku sedar. Ku sedar akan setiap usikan dan gurauan. Tapi masa itu ku anggap hanya gurauan seorang teman yang mahu melepaskan tension. Walaupun ada yang sudah memberi ‘hint’ kepadaku, tapi itu la Aku kan. Take it easy saja. Aku senyum saja. Paling tidak sign ‘penumbuk’. [ tidak la nak tumbuk orang. tunjuk jerrr ]

Sejak perbualan terkantoi minggu lepas, kebelakangan ini semakin berani mengeluarkan pick-up line dengan muka selamba.

Aku hanya tertunduk dan mampu tersenyum. Ramai mata memerhati.

Aku tidak mampu berbuat apa. Hanya senyum [ Aku perempuan la. Tidak tahu apa yang other side fikirkan ]

Setiap langkah dan reaksi ku perlu dijaga supaya tiada hati yang terluka ~ Sebab aku sendiri tidak tahu status ‘si dia’

Apa pun, aku senang dan selesa bercakap dengan si dia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge