12 Cara Guna Minyak Pati dalam Premium Starter Kits (PSK)

Dah beli Premium Starter Kit (PSK)? Tapi tak reti cara nak guna. Hanya tahu guna satu atau dua jenis Minyak sahaja. Entri kali nie, kita selami 12 cara guna minyak pati dalam Premium Starter Kits (PSK). Terdapat 12 jenis Minyak Pati didalam set ini dan 1 diffuser.

12 Minyak Pati yang terdapat dalam PSK ialah Frankincense, Copaiba, Lavender, Lemon, Peppermint, Purification, R.C, DiGize, Panaway, Thieves, Citrus Fresh, Stress Away/ Spearmint.

Setiap botol minyak tue, mempunyai seribu satu rahsia. Nak tahu apa Rahsia Nya?

Nak tanya sikit la? Rasa- rasa mana satu Essential Oils yang you paling favourite ? Aju suka semua Essential Oils (EO) yang ada dalam set PSK nie.

12 Penggunaan Essential Oils

1. Serum atau sebagai Pelembap Muka

Dah menjadi satu kemestian dan salah satu kepentingan dalam menjaga muka. Serum di gunakan pada waktu pagi dan juga waktu malam sebelum tidur. Ianya untuk menjadikan kulit muka lebih moisture dan kulit muka lebih sihat. Antara EO yang popular dijadikan serum ialah :

Campuran Lemon dan  Frankincense. Lemon berfungsi untuk merawat kulit muka yang bermasalah seperti tona kulit tidak sekata, acne, sluggish skin dan muka berminyak. Frankincense pula  berfungsi membangunkan semula sel, mature skin, wrinkles (jeragat) dan chapped skin. Frankincense ini telah digunakan sejak berpuluh tahun lamanya oleh Egypt sebagai skin care. Rugi kalau you tak guna Frankincense ini sebagai Serum Muka.

Cara nak buat serum Lemon and Frankincense nie ialah guna 6 titik Jojoba oil dan campurkan dua titik EO Lemon serta 1 titik Frankincense. Guna sebelum tidur. Jangan guna EO Lemon pada waktu siang kerana ianya bersifat  Photosensitive di mana ianya boleh menggelapkan kulit muka.

Selain itu, Lavender juga dibuat serum untuk muka yang berminyak. Lavender dicampurkan dengan T-tree yang boleh dibeli secara beransingan kerana tidak termasuk dalm set PSK nie. Serum nie Aju guna setiap malam untuk kurangkan kulit muka berminyak dan jerawat dari naik. Bila makan lauk kari saja, malam nya kena pastikan muka dicuci betul bersih dan disapu serum nie, Supaya jerawat tak munculkan diri.

Adunan nya sama sepeti di atas. Jojoba Oils boleh di gantikan dengan V6 oils yang YL jual. Lagi banyak khasiatnya kerana V6 mempunyai pelbagai campuran asas minyak seperti coconut oils, almond oils, dan banyak lagi.

2. Krim siang

Nak buat Krim siang nie sangat mudah. Sebelum guna makeup iaitu selepas toner, you boleh guna Krim siang ini.

Untuk Kulit Berminyak, boleh guna Frankincense  2 titik serta Lavender 2 titik dan 6 titik Jojoba oil ataupun V6 oils
Untuk Kulit Kering , guna Frankincense dicampur dengan Jojoba oils ataupun V6 oils. Boleh buat krim nie dang simpan di dalam bottol jenis dropper. Senang untuk digunakan.

3. Minyak Rambut

Rambut adalah mahkota setiap wanita dan juga lelaki. Lelaki pun dah pandai jaga rambut sebab tue mereka ada pomade. Antara minyak yang famous digunakan sebagai minyak rambut ialah EO Lavender dan dicampurkan dengan Argan Oil. Lavender ini membuatkan kita rasa lebih tenang, nyaman dan cool kerana aromanya yang sangat sweet, woodsy, balsamy dan lembut. Bila digunakan sebelum tidur malam, pasti orang sebelah nak peluk saja. Bau wangi jer.

Antara Minyak Lain yang di gunakan sebagai Minyak Rambut ialah :

  • Rambut Normal : Lavender, Lemon
  • Rambut Berminyak : Cedarwood, Clary sage, Juniper, Cypress + Jojoba Oils ( Tidak terdapat di dalam PSK )
  • Rambut Kering : Lavender, Geranium, Juniper ( Tidak terdapat di dalam PSK )
  • Rambut Kelemumur : Lavender, Peppermint ataupun minyak yang tidak terdapat di dalam set PSK antarany ialah Cedarwood campur Rosemary, Tea Tree, Clary sage, Patchoulli, Juniper Cypress.
  • Rambut Gugur : Peppermint ataupun minyak yang tidak terdapat di dalam set PSK antaranya ialah Clary sage, Rosemary campur Cedarwood, Thyme dicampur bersama Avocado oil and alor vera.

Kalau rajin, boleh juga buat syampo dari Essential Oils / Minyak Pati nie.

Opsss !! tak melekat dibantal yer. Sebab minyak ini semua cepat meresap kerana molekul yang kecil dan ringan.

4. Perfume/ Minyak Wangi

Dalam dunia kosmetik, Perfume antara keperluan UTAMA dalam kehidupan. Essential Oils tidak terkecuali digunakan sebagai Perfume.

Mesti ada yang tertanya. Wangi ker? Mesti lah wangi sebab Minyak Pati ini dari tumbuhan, bunga, buah- buahan yang mempunyai aroma paling unik. Essential Oils ini tidak mengandungi fatty acid. Dengan itu kita perlu campurkan EO ini dengan “Carrier Oil” seperti  V6 oils yang mengandungi lemak untuk memerangkap aroma EO supaya tahan lebih lama. Aju gunakan minyak pembawa seperti V6 sebagai campuran kepada EO dan aromanya tahan lebih lama dan lebih mudah digunakan.

Antara EO yang digunakan sebagai Perfume seperti :

  • Stress Away
  • Lemon campur Lavender
  • Frankincense
  • Citrus Fresh
  • Peppermint campur Citrus Fresh

Apa pun, you boleh cuba- cuba kesemua aroma untuk cari bau/ aroma mana yang sesuai dengan hidung kita. Play with your Essential Oils.

5. Masker Muka

Untuk buat Masker, boleh guna base seperti Serbuk koko, Putih telur ataupun Oat.

Antaranya ialah Serbuk Koko dicampur Kunyit dan Air ataupun Aloe Vera. Titiskan beberapa titik EO seperti Lemon untuk Acne, Frankinsnce untuk awet muda ataupun Lavender untuk Kulit berminyak. Lepas tue sapu rata dimuka. Biarkan sehingga kering dan baru basuh. Jangan tidur dengan Masker tau.

Lepas guna Masker nie, Kulit rasa lebih bersih, tegang dan cerah. Tak perlu guna segala Q ataupun Z untuk jadi putih. Jangan bleechkan kulit muka. Guna EO yang lebih natural dan selamat.

6. Mouth Wash/Spray

Ada masalah mulut berbau atau nafas berbau? Ada masalah Ulser dan Kerap sakit tekak?

Cuba resepi nie. Jadikan sebagai air kumur ataupun spray dalam mulut. Buka saja mulut, bau segar menyembur- neymbur.

Antara ynag boleh dicuba ialah, guna EO Peppermint dan Thieves. Campurkan EO dengan Air Suling/ air Mineral ataupun Air Coway. Buat banyak dan simpan di dalam botol kaca ataupun buat harian juga kena guna botol kaca atau gelas kaca. Berapa titis nak letak, Ikut suka nak rasa pekat atau bagaimana. Apa yang boleh cadangkan untuk kegunaan harian tanpa simpan ialah guna 2 titik setiap EO dan campurkan di dalam setengah gelas air dan terus kumur. Guna setiap malam atau semasa sakit tekak. Untuk simpanan guna botol kaca atau di dalam botol spray kaca untuk kegunaaan bila-bila masa.

7. Putihkan Gigi

Tanpa Bleech hanya guna Essential Oils? Suka tak ?

Guna EO Lemon dan tuangkan setitik di atas kapas dan gosok gigi yang kuning. Simple kan ? Cuba jangan tak cuba.

8. Pewangi Pakaian

Basuh baju dalam machine atau basuh tangan pun boleh digunakan. Jadikan amalan setiap kali membasuh. Tanpa detergent yang merosakkan baju.

EO paling popular digunakan ialah Lavender, Lemon, Thieves ataupun Purification. Tuang beberapa titik EO di dalam campur di dalam air bilasan terakhir.

9. Minyak Bayi

Minyak Bayi ini digunakan untuk mengurut dengan belaian mesra seorang ibu pada baby nya. Minyak bayi ini membuatkan baby jadi cool, tenang dan rasa selamat. EO yang digunakan ialah Lavender dan Frankincense di campurkan dengan V6. Cara guna ialah dengan sapukan minyak yang telah dicampurkan semua sekali ke seluruh badan bayi. Saya suggest guna botol roll on 10 ml. Masukkan 1 atau 2 drop Lavender and Frankincense dan penuhkan botol dengan V6. Lepas tue roll kat badan baby atau ditapak tangan kita untuk disapu pada badan baby kita.

Minyak nie bukan saja untuk baby, satu keluarga boleh guna.

10. Minyak Urut


Minyak Urut ini boleh digunakan untuk Sakit Perut, Sakit Kepala, Lenguh Badan, Sakit Pinggang, Sakit Lutut dan sebagainya.

Campurkan Digize + Panaway + Copaiba + Peppermint + V6 kedalam botol roll on 10ml. Sakit- sakit, lenguh- lenguh terus roll saja. Senang disimpan dalam handbag dan beg travel.

11. Scrub Muka dan Badan

Ada 2 resepi untuk buat Scrub Muka dan Badan. Sangat Natural dan Selamat.

Resepi 1 : Guna Beras Pulut disangai dan tumbuk halus. Campur VCO dan titis EO seperti Lavender atau Lemon. Boleh guna di muka dan badan

Resepi 2 : Guna Gula perang dan campurkan Lemon atau Lavender. Guna sebagai scrub muka dan badan.

Boleh buat banyak dan simpan. Guna seminggu 2 kali untuk lebih berkesan.

12. Rendam Kaki

Rendaman kaki untuk melegakan Kesakitan Tumit, Keletihan Kaki, Kaki Berbau, Stress Urat Kaki, Masalah Kulit Kaki, dan sebarang masalah.

  • Masalah kulit Kaki, guna EO Thieves dan Campurkan dengan Epsom Salt. Letak 2 sudu Epson Salt dalam bekas kaca dan titiskan Thieves sebanyak 5 titis. Kacau sehingga sebati. Masukkan air panas/ suam di dalam bekas redaman kaki dan tuang campuran Salt dan EO kedalam bekas air. Kacau dan Selawat. Rendam kaki sehingga rasa lega atau selamat 15 sehingga 30 minit.
  • Kaki Berbau, guna EO Purification dan Campurkan dengan Epsom Salt. Cara nya sama seperti diatas.
  • Detox Kaki, guna EO Lemon dan Campurkan dengan Epsom Salt.
  • Relaxation kaki, guna EO Lavender dan Campurkan dengan Epson Salt.
  • Lepas habis buat rendaman kaki, lap kaki sehingga kering dan sapukan EO Lavender untuk merelaxkan kaki.

Dengan adanya set PSK nie, apa saja resepi boleh dibuat untuk kegunaan pada diri dan keluarga. Ke arah hidup yang lebih sihat dan bebas kimia bahaya. 

Young Living mementingkan kualiti di dalam semua EO keluarannya tidak berkrompromi dengan kimia bahaya.  Seed to Seal bukan sekadar slogan tetapi adalah janji kepada pengguna.

Selamat Mencuba !

One thought on “12 Cara Guna Minyak Pati dalam Premium Starter Kits (PSK)

  1. Puan, V6 oils tu berapa harganya.. dan saya faham dari pembacaan di atas, ianya digunakan dalam campuran eo yang lain supaya penggunaan lebih jimat. Betul tak? Jika tak nak guna V6 oils tu, boleh ke guna minyak lain? Atau kurang keberkesanannya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge