Kurus vs Gemuk
Body yang slim ataupun langsing dikatakan cantik dan menawan. Tapi jangan lupa “Abam” pernah kata Gemuk itu Awesome! Tak kira la gemuk atau pun kurus, ianya terpulang pada individu itu sendiri. Kita yang menentukan sama ada kita nak menjadi gemuk atau pun kita nak kurus. Untuk entri hari nie, Aju nak bercerita sedikit buat mereka yang ingin menguruskan badan.
Kiraan BMI badan
Apa itu BMI? BMI ialah Index Jisim Badan untuk menentukan samaada badan kita nie kurang berat badan, berat badan normal, berat badan berlebihan ataupun obesiti. Berat badan nie ditentukan mengikut ketinggian dan berat badan. Untuk pengiraan yang lebih tepat, anda boleh layari page Kira Indeks Jisim.
Apa itu 3B?
Untuk menguruskan berat badan, kita perlu tahu yang badan kita nie perlukan 3B iaitu:
Bakar
Badan perlukan medium yang boleh membakar semua lemak yang terdapat di dalam badan serta lemak yang kita makan seharian. Badan boleh membakar lemak dengan sendirinya sekiranya kita menjalani aktiviti lasak seperti bersenam, berjogging. Tapi mampukan kita lakukannya setiap hari?
Buang
Bila lemak telah dibakar, badan kita tidak dapat membuangnya dengan sendiri. Oleh itu kita perlukan medium yang boleh menolong kita membuang semua lemak-lemak yang terdapat di dalam badan yang telah dibakar. Cuba kita bayangkan jika lemak yang terbakar nie tidak di buang? apa yang terjadi….
Bina
Bila lemak nie telah dikeluarkan dari badan, otot-otot kita yang besar nie akan menjadi kecut dan mengeleber. Kita perlu membina semula otot nie untuk jadi lebih padat. Jangan salah faham ya.. kita bukannya membina lemak!.. kita membina semula otot nie dengan protein. menguatkan balik otot-otot yang telah kehilangan lemak ini.
Say NO to Pil Kurus
Untuk kurus kita tidak perlu mengambil pil kurus. Pil kurus nie hanya semata-mata untuk menguruskan badan. Ianya tidak memberi khasiat kepada tubuh badan kita. Badan kita perlukan nutrien – nutrien yang tinggi dan meningkatkan metabolisma badan untuk membolehkan lemak dalam badan nie dibakar dan dibuang.
Say YES to Vitamin
Kenapa kita perlu katakan YES kepada Vitamin. Ini adalah kerana Vitamin nie akan membantu kita membakar lemak dengan mengdetoxkan badan kita yang mengandungi banyak bahan-bahan kimia dan sekaligus membantu untuk memecahkan lemak lama dan baru tanpa menganggu nutrien yang terdapat didalam badan. Vitamin nie akan menambahkan lagi nutrien didalam badan sambil proses 3B dijalankan.
Jenis Vitamin 3B
Terdapat 2 jenis kategori vitamin yang boleh membnatu proses 3B nie. 2 jenis vitamin nie membantu lemak-lemak baru dan lemak-lemak lama.
Ikuti entri saya seterusnya untuk mengetahui mengenai Vitamin 3B nie.
Kurus itu Amazing dan Gemuk itu Awesome!
Kita perlukan Berat yang Normal!
Barulah GREAT
Bakar, Buang, Bina adalah proses untuk menguruskan badan.