9 Rahsia menjadi Aktif di Bulan Puasa

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Kita dah nak menghampiri malam-malam terakhir Ramadhan. Seperti yang kita sedia maklum, 10 malam terakhir Ramadhan sangat digalakkan untuk beribadah dan sujud padaNya. Ramadhan  juga digalakkan kita untuk berbuat baik sesama manusia.

Jangan lah kita tangisi pemergian bulan Ramadhan nie dengan perkara yang sia-sia. Kita masih belum terlambat untuk penuhi nya dengan ibadah seperti solat- solat sunat, tadarus, zikir, terawih dan qiamullai.

Disini saya nak kongsi bersama anda 9 rahsia untuk aktif.

1. Aktiviti  Fizikal

Kita perlu melakukan aktiviti fizikal 1/2 jam sebelum berbuka puasa ataupun selepas makan terhadam. Ianya mengikut pilihan kita. Aktiviti fizikal perlu dilakukan untuk meningkatkan metabolisma.

2. Cari tempat terang dan jangan duduk tempat gelap

Di pejabat, kita perlu mencari tempat yang terang. Kalu boleh cubalah keluar cari cahaa matahari supaya badan dan minda kita kembali segar.

3. Senaman untuk tenaga dan menyegarkan badan

Kita digalakkan untuk melakukan senaman walaupun di bulan puasa. Senaman yang boleh dilakukan adalah seperti berjalan selama 20 hingga 30 minit serta lakukan solat tarawih di waktu malam. Ini untuk membuatkan badan kita segar selepas berbuka puasa. Bila perut penuh, mata mula mengantuk dan keletihan.

4. Segarkan muka dengan air sejuk

Bila kita rasa letih, sila lah basuh muka dengan air sejuk. Air sejuk nie dapat membantu badan kita supaya respond kepada air sejuk secara mengejut. Selain itu air sejuk dapat membuatkan suhu badan kita kekal.

5. Wangian di atas meja

Kita di galakkan untuk meletakkan wangi-wangian diatas meja pejabat supaya ianya merangsang deria bau supaya otak dan badan kembali segar. Kalu boleh letakkan wangian lavendar ataupun lemon. Lavendar dapat membuatkan minda kita tenang.

6. Senaman ringan di pejabat

Di pejabat pengerakkan kita terhad hanya ditempat duduk kita.  Bila badan letih cubalah buat rengangan  otot, lompat setempat, skipping. Ini dapat menaikkan kadar degupan jantung dan badan kita akan kembali segar. Kita hanya perlu luangkan beberapa minit saja untuk kembali segar. Cuba lah..

7. Minum Air Masak aka Air Suam

Jika kita pergi ke klinik, doktor selalu menasihati supaya mengamalkkan pengambilan 8 gelas air setiap hari. Bulan puasa bukan halangan untuk tidak mengambil air. Pengambilan air seperti berikut:

  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas di waktu sahur sebelum makan,
  • 1 gelas selepas makan sahur,
  • 1 gelas sewaktu berbuka,
  • 1 gelas sebelum solat maghrib,
  • 1 gelas sebelum pergi solat terawih,
  • 1 gelas selepas solat terawih
  • 1 gelas sebelum nak tidur

8.  Tidur kualiti dan bukannya kuantiti

Di bulan puasa tidak dinafikan kita akan kurang tidur. Bulan Ramadhan nie kita nak beribadah.  Tapi perlu diingatkan tidur juga penting untuk otak dan badan berehat. Amat di galakkan supaya kita tidur pada pukul 1o malam dan bangun pada pukul 3pagi. Ini sudah cukup untuk badan menjadi segar. Orang dewasa perlu tidur hanya selama 3-4 jam sahaja. Kanak-kanak saja perlukan 8 jam tidur untuk perkembangan dan tumbesaran mereka.

9. Kawalan Emosi dengan lebih dekatkan diri dengan Allah

Bila kita tengok diatas jalan raya, ramai dari kita tidak boleh kawal emosi. Kita akan jadi cepat marah dan cepat naik angin. Secara psikologi, puasa akan menpengaruhi mental-spiritual kita. Oleh itu kita perlu mengendali emosi supaya jiwa kita tumbuh lebih sihat dan rasa dekat dengan Allah s.w.t dan kita merasa damai.

Setakat  nie saja tips dari saya. Terima kasih membaca da semoga ilu nie dapat dookongsi kepada semua. Bukan saja digunakan semasa bulan puasa tapi sepanjang bulan semasa kita melakukan ibadah puasa sunat.

Disini saya nak share image summary yang telah saya buat untuk simpanan anda dan menjadi rujukan di masa akan datang.

Rahsia Aktifan Diri di Bulan Puasa

Salam sayang dari Aju dan Love Lady Empire.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge