Cara membersihkan kotoran Tuala dan Baju

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Semalam masa Aju tengah simpan baju ke dalam almari, maklumlah baru balik bercuti dari kampung, tetiba ternampak lah satu tuala nie. Tuala ini sudah lama tidak di gunakan kerana terdapat kesan tompok – tompok hitam. So, saya teringat hendak buat eksperimen membersihkan tuala ini dengan mengunakan sabun Basic H serbaguna ini. Saya selalu  menggunakan Basic H ini untuk membersihkan meja makan dan  meja dapur, membersihkan stove, mop lantai rumah dan membersihkan sinki dapur.

Untuk eksperimen ini, saya pun ambil tuala dan picit sabun Basic H serbaguna ini di atas semua tompok- tompok hitam dan ratakan. Saya masukkan tuala ini dalam mesin basuh dan letak sabun serbuk Get Clean satu sudu. Saya sepatutnya rendam dahulu sebelum membasuhnya. Tapi disebabkan mata sudah mengantuk hendak tidur, saya terus basuh. Selepas 50 minit, saya angkat tuala ini, miracle terjadi. Tompok- tompok hitam ini sudah bersih dan pudar. Masih terdapat 5% sinar- sinar tompoknya.

Happy tak terkira di dalam hati. Saya berjaya juga dengan eksperimen ini. Korang hendak tahu tak, kotoran ini sudah melekat di tuala ini selama setahun. Akhirnya, saya berjaya menunjukkan testimoni kejayaan saya.

Testimoni membersihkan kotoran di Tuala

Untuk makluman semua, warna tuala di dalam gambar tidak sama kerana pencahayaan di ambik di tempat yang berlainan. Gambar sebelum diambil di kawasan dapur, di atas mesin basuh. Manakala gambar selepas itu di ambik di ruang tamu semasa hendak menjemur tuala.

basic H tuala tiada kesan tompok hitam

Untuk pembelian dan preorder, anda boleh hubungi saya melalui whatsapp ataupun sms ke talian:

Aju 012-4318211

Anda juga boleh pm saya di facebook : Aju Atelier  dan Instagram : Aju_Pakar_Vitamin

Anda boleh tinggalkan komen di bahagian komen selepas entry ini.

Sekian.

Aju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge