Siri IV : I.M.D.I

Pagi yang hening, dari jauh aku nampak susuk tubuh dengan jaket hitam berada di kawasan parkir moto. Aku terus melangkah ke kawasan lift dan menunggu lift sambil membaca artikel berkaitan bisnes bitcoin. Sambil membaca aku tersenyum sensorang kerana artikel tue mengenai Syed , mengajak golongan muda bahawa dalam masa 7 hari dah boleh jadi kaya.

[ dalam hati ku berkata, bagus la kalau semua orang boleh kaya dalam masa 7 hari. Tak perlu bersusah payah untuk kerja ]

Sambil kusyuk membaca, aku disapa oleh lelaki AR ‘ apa yang happy sangat pagi nie ‘. sambil menoleh aku menunjukkan artikle mengenai Syed kepada dia. Di kepala masih terikat ‘key’ dengan memberi senyuman meleret dan tangan mencabut ‘key’ dari kepala nya. Alahai pakcik !.

Aku pun dengan selamba explain pasal intipati arktikel. Dia pun tahu sambil berkata ‘ Bitcoin nie kan tak tahu halal atau haram ‘ sambil tersenyum.

Lalu pintu lift terbuka. Seperti selalu, aku diberi laluan untuk melangkah masuk dahulu dan mengambil tempat disebelah kiri pintu. Lift penuh dengan staff dari B2. Dia mengambil tempat di bahagian tengah sebelah dengan ku. Sambil mata melirik pada ku. Dikala pintu mahu tertutup sikit jer lagi, ada suara dari luar. Tanda yang diluar mahu masuk lift. Dengan pantas si Dia ini menahan lift dengan tangan supaya lift tidak ditutup. Kalu lift tue takde sensor, habis la tangan dia nie.  Tak sempat aku nak tekan butang terbuka lift tue.

Aku senyum saja pada nya.  Dia mengenjakkan diri nya kebelakang sedikit untuk memberi laluan pada orang mahu masuk tadi.

Lift naik ke G Floor dan aku turun disitu. Si Dia terus proceed naik ke tingkat atas.

Selepas beberapa hari, aku terserempak si AR yang mahu keluar dari lift dan aku pula mahu nauk lift. Mata bertemu mata, luluh jantung ku. Senyuman di balas senyuman.

Semua nya berlaku di Lift. Patut tajuk nya Pertemuan di Lift. Baru la sesuai. ~~~

hahahaha..