Petang – petang macam nie, terasa pula nak share DiY Perfume Essential Oils yang Aju buat malam semalam menggunakan 100% Minyak Pati. Bau harum semerbak rasa nya diri ini walaupun baunya tidak semerbak mana meliputi satu ruang office ini. Cukup la ianya meliputi bau satu badan ini dan juga dapat di bau oleh orang – orang berdekatan kita.

Minyak Pati boleh buat Perfume?

Boleh sayang- sayang sekalian. Lebih baik guna Minyak Pati dari mengunakan Minyak Sintetik dan Alcohol.

Minyak Pati nie mengandungi banyak kelebihan kepada kesihatan dan emosi diri.  Dalam entri nie Aju nak menekankan mengenai EO dan Emosi.

Macam mana nak buat Perfume?

You all boleh campurkan mana – mana EO  yang you all suka baunya. Ada EO berbau earthy, bau citrus, bau bunga, bau sweetness dan pelbagai. Untuk kali ini, Aju campurkan 3 jenis bau yang berlainan iaitu bau Earthy dengan menggunakan eo Patchouli, bau Citrus/sweetness dengan menggunakan eo Bergamot dan bau silky dengan menggunakan eo Lavender. 3 campuran EO yang menakjubkan.

Campuran nya menggikut kehendak masing- masing. Ianya dari 10 drop sehingga 15 drop setiap satu EO ini.

Bahan di perlukan ialah :

  1. 10ml amber glass bottles ( botol warna gelap untuk protect EO didalamnya )
  2. Essential Oils dari base note, middle dan top note
  3. Carrier oils seperti v6, sweet almond dan banyak lagi.

Top note merujuk kepada bau yang pertama sekali kita akan bau bila kita spray dan oleskan di pergelangan tangan dan di belakang telinga kita.  Ini adalah point nadi dimana baunya akan mengalir ke seluruh aggota badan dengan cepat.

Middle note merujuk kepada bau yang kedua kita akan bau setelah bau pertama tadi hilang di bawa udara. Middle note ini dikenali sebagai “the heart of the perfume”. Jantung dan Hati kepada perfume kita gunakan. You all perasaan tak, bila kita guna perfume sintetik, mula- mula kita rasa bunga dan kemudia kita rasa vanilla, macam nak makan. Serupa macam Pefume yang kita buat ini. Kena ada semua Notes ini, barulah perfume kita menjadi gempak.

Base note merujuk kepada bau sampingan antara bau Middle note dan bau Top note.

So, yang paling penting disini ialah, Middle note kita. Hati kepada Minyak Wangi kita.

DiY Perfume Aju

Kali nie Aju guna 3 jenis EO iaitu :

  1. Patchouli ( Base note )
  2. Lavender ( Middle note )
  3. Bergamot ( Top note )

dan akhir sekali, Aju campurkan v6 oils sebagai bahan asas mencampurkan ketiga- tiga EO ini di jadikan sekata dan serata.

Setiap EO ini, you all drop kan antara 10 sehingga 15 drop bagi setiap EO nya dalam 10ml Amber botol. Selepas itu masukkan v6 oils bagi memenuhi ruang kosong botol nie. Dah siap, tutup dan golek- golekkan nya (diantara dua tapak tangan) supaya ianya bercampur dengan sekata dan sekali gus mengaktifkan minyak ini sebelum digunakan.

Kalau boleh simpan la semalaman supaya ianya bercampur dengan sempurna.

haaaaa… dah siapkan satu Perfume. Perfume nie Aju namakan ‘with Love attraction’.

sebab apa nama sebegitu rupa ? Jom baca pula fungsi setiap EO ini.

Fungsi Lavender, Bergamot dan Patchouli pada Emosi

Lavender EO memberi rasa ketenangan, mood enhancer dan juga meredakan kebimbangan dan kerisauan.

Bergamot EO memberi rasa kesegaran, rasa keyakinan dan juga memberi semangat pada diri. Kalau moody nak buat kerja, gunakan Bergamot nie banyak- banyak

Last sekali ialah Patchouli. Kebanyakkan Perfume sintetik yang dijual diluar sana, mereka menggunakan Patchouli. Kenapa Patchouli nie hebat sangat? Minyak ini mempunyai bau yang sangat- sangat tenang dan dapat membuatkan orang sekeliling kita rasa tenang ya amat.

Bau Aura pada Patchouli dapat membuatkan si pemakai ini di sayangi ramai. Minyak ini ada satu frequency dan magnet untuk menarik orang untuk lebih dekat dan rasa selesa untuk bercakap, berbual bersama.

Sebab tue la Aju guna Minyak ini sebagai base note.

Okay, macam mana. Padat dan berinformasi? Sudi- sudi la komen di bawa ini supaya Aju tahu ramai yang dapat manfaat dari entri Aju nie.

Kalau ada pertanyaan, boleh la komen dibawah ini. Nanti Aju reply. Takpun boleh whatsapp Aju. Number ada di ruang main page.

Selamat mencuba semua !

 

Love you all!!

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge