Tutup buku 2018 dan buka buku 2019. Happy New Year 2019 buat semua pembaca dan pengikut setia blog AjuSyopz.com. Aju start berblog sejak 2014, makna nya dah 5 tahun blog nie betapak. Cepat masa berlalu.

Apa misi dan azam you all tahun 2019 !!

Opsss sebelum tue, target 2018 dah capai semuanya ker? Ataupun dah terlupa target nya.

Aju setiap tahun bawa azam yang sama, tak pernah tercapai, so tapi tahun nie kita ubah sikit la. Kita transform 100%.

Saja nak share kat sini Azam tahun 2019. Semoga ianya kekal dan istiqomah.

Kehidupan : be a better muslimah. Jaga solat, jaga Al-Quran dan jaga perkara- perkara sunat. Dekatkan diri kepada Allah sepenuh hati supaya tiada lagi kecewa di hati.

Kerjaya : be a good boss (sebelum nie pun baik jugak tapi nak jadi lagi baik.. paham ker!)  and find a better prospek yang more challenging.

Bisnes : kembangkan lagi empayar dengan ramai lagi Ahli baru yang join samaada guna untuk diri sendiri ataupun untuk berbisnes. Naik rank Executive and Silver 2019. Tahun 2020 kita pergi Utah. Didik Ahli baru untuk kumpul point dan komisyen.

Kewangan dan Asset : time untuk kumpul duit. Asset dah ada cukup la sebuah apartment dan sebuah kereta yang mampu bertahan lagi 7 years. InsyaAllah.

Relationship : be with people that need you. Cukup !

Apa pun Azam you di New Year 2019 nie, pasti kan you all istiqomah dan redha. Doa dan Usaha perlu berjalan seiring.

Jangan pasang angan- angan yang kita sendiri tidak mampu. Tepuk dada, tanya Akal. Dimana aku harus pergi dan capai pada tahun ini ?

sudi- sudi la share azam you all di bahagian komen blog ini.

Assalammualaikum semua !!

L.O.V. E

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge