Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Masih tertanya-tanya, apa itu Parabens.. Pergi sana sini, semua kata jangan guna kosmetik dan penjagaan muka yang ada Parabens.. Jom baca sikit apa itu Paraben.

Apa itu Parabens?

Menurut kajian, Parabens nie digunakan di dalam produk kosmetik untuk cegah ianya menjadi bakteria. Ianya telah digunakan sejak zaman 1950an. Sebanyak 85% kosmetik mengunakannya. Pada tahun 1990an, parabens dikenali sebagai xenoetrogens dimana ianya menjadi agen untuk merosakkan/menganggu hormon estrogen di dalam badan. Kerosakan hormon estrogen nie berkait rapat dengan kanser payudara dan masalah kesuburan.

Pada tahun 2004, kajian dijalankan oleh British Kanser mendapati bahawa parabens terdapat didalam ‘maligant breast tumor’. Oleh iitu penggunaan parabens dikurangkan didalam pembuatan kosmetik. apa yang merisaukan ialah Parabens nie boleh meletak dan berada didalam badan pada jangka sepanjang hayat.

Jenis Parabens

Terdapat 3 jenis Parabens yang selalu digunakan di dalam pembuatan kosmetik dan produk penjagaan muka dan rambut.

1. Butylparaben

2. Methylparaben

3. Propylparaben

Produk yang terdapat Parabens?

Antara produk yang banyak menggunakan parabens nie ialah:

1. Kosmetik

2. produk penjagaan muka

3. Syampu

4. Sabun badan

Pilih produk yang Free Paraben

Adalah menjadi kewajipan kita semua mencari produk yang BEBAS Parabens nie. Pilihan ditangan kita. Jangan biarkan diri, orang tersayang dan anak -anak kita terdedah dengan bahan kimia Parabens nie. Sekarang nie terdapat banyak produk yang bebas Parabens. Anda boleh pilih untuk menggunakan produk yang diperbuat dari alam semulajadi seperti buah strawberry, mulberry, daun senna, mashmallow dan banyak lagi…

Sekian Coretan dari

Aju Atelier

sumber dari : http://www.realsimple.com/beauty-fashion/skincare/worry-about-parabens

1 thought on “Kosmetik mengandungi Parabens merbahaya”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge