Pemilihan Katering untuk Majlis Perkahwinan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Sejak selepas Raya pertama, Aju tengok ramai yang buat Majlis Kahwin, termasuk lah family Aju.

Minggu lepas Majlis Menyambut Menantu sebelah family Aju diadakan di Port Klang. Majlis berjalan lancar tapi ada beberapa perkara berlaku.

Disini Aju bukan nak memburukkan Caterer, tapi Aju dan family amat terkilan dengan services yang diberikan oleh Katerer ini. Tak di nafikan makan memang sedap tapi services amat dukacita.

Jika di lihat dari profil company, services beliau mendapat Anugerah Jualan & Tempahan Tertinggi.

Kami dapat Katering nie semasa melawat Pameran Pengantin yang diadakan di Klang. Cuma you all bayangkan

  1. Pinggan dan peralatan serta makanan disediakan hanya untuk 300 orang sahaja. Padahal yang di tempah oleh kami ialah untuk 500 orang
  2. Pinggan, Sudu, Air, Senduk untuk Meja beradap, Meja VIP tidak disediakan
  3. Makanan yang diorder mempunyai 6 jenis, tapi hanya disediakan 5 jenis sahaja. 1 jenis lagi di KIV dan dikeluarkan bila Ayam habis. Ada pucuk paku, tapi tiada sambal. Tak tau la suruh makan dengan apa.
  4. Nasi yang diorder ialah Nasi Briyani, tapi yang disediakan Nasi Minyak. Alasan yang diberikan oleh keterer ialah mereka silap masak. Nasi Briyani hanya diberikan 2 bekas sahaja. Yang lain Nasi Putih dan Nasi Minyak.
  5. Cendol dalam masa sejam habis semua nya. Cuma diberi 1 bekas sahaja. Yang dijanjikan untuk 300 orang.  Bila pengantin makan cendol pada pukul 1 tengahari, Cendol dah jadi tawar. Dia topup air untuk bagi nampak banyak.
  6. Kambing Bakar diorder ialah 2 ekor. Dalam masa setengah jam MashPotato dan Coslow habis. Katerer hanya bekalkan 1 bekas sahaja. Area Kambing bakar tidak disediakan Pinggan dan Sudu.
  7. Kerusi kesemua nya berhabuk. Tidak di lap sebelum di susun.
  8. Air yang dijanjikan ialah Sirap Sunquick tapi yang Katerer bagi hanya Sirap kosong
  9. Menu yang tertingga ialah Acar. Acar tidak diberikan pada hari tersebut
  10. Buah-buahan sepatutnya mempunyai 2 jenis. Tapi yang diberikan hanya buah oren sahaja.
  11. Sudu, Pinggan, Cawan untuk tetamu tidak mencukupi. Ada tetamu yang terpaksa makan dengan mengunakan Garpu. Nasib la Aju lari balik rumah, ambik sudu, garfu dan pinggan
  12. Air mineral yang sepatutnya ada sebotol disetiap meja, tidak disediakan. Hanya beberapa meja saja diberikan.
  13. Air basuh tangan tidak di topup. Aju yang tuan rumah, kena pergi topup. Patut gaji, bagi kat Aju dan cousin yang menolong.
  14. Kuih yang di order tidak mengikut menu. Kuih terlalu lembik dan pucat.
  15. Air teh untuk 300 orang tapi yang diberikan hanya 1 bekas sahaja untuk 30 orang.
  16. ada banyak lagi. kalu Aju list lagi, jatuh bankrup company nie.

Selepas dibising-bising dah hangin satu badan, baru la seseorang ini muncul dan minta maaf. Katanya bos suruh hantar 300 pinggan saja. Orang yang patut jaga dan serve meja beradap dan VIP tidak hadir. Supervisor hilang enath kemana. Lagi buat Aju hangin ialah katanya Crew- crew yang ada semua budak-budak baru dan tidak tahu buat apa. Ko tak rasa macam SIAL ker?

Crew-Crew yang bekerja hari tersebut, bila dah kena sound dengan Aju, terus buat muka. Diaorang jalan kebelakang dan campak uniform. Woowww.. Aju ada masa tue kat situ. Rasa macam nak bagi penyepak saja!!

Ko ingat ini Konsert or Jamuan Raya!!

Bila dah petang, dalam pukul 3.30 petang, Katerer dah mula packing. Padahal event Aju habis pukul 4.30petang. Bila ditanya, katanya memang dah kena start packing. Langsung tak ada ADAP. Tetamu masih duduk makan dan masih bersembang.

Pukul 3.30 petang, datang la seorang mamat nie. Katanya Suami kepada owner katering ini. Pakcik2 dan mama dah jumpa mamat nie. Aju orang terakhir yang belasah dia. Belasah bukan means that Aju tumbuk dia. Belasah dalam bentuk percakapan. Mamat nie muka selamba saja. Tak habis2 cakap ini first time berlaku. Dia minta maaf la, dan tak ulang lagi perkara ini.. Kepala hotak ko, Ko ingat Majlis Kahwin nie boleh buat lagi bulan depan or tahun depan. Dan boleh tutup mulut orang yang bercakap.

Owner Katering nie langsung tidak telefon minta maaf.

Selepas seminggu berlalu, semalam baru la Owner Katering nie whatsapp mama. Whatsapp yer BUKANnya CALL. Minta bayaran selebihnya. Muka tak tahu malu kan? Bukan nak minta maaf ker apa. Dia kata nak bagi diskaun RM 1000 dan juga pakej percutian 3h 2m ke Langkawi, Cherating, Pangkor, Kota Kinabalu, Melaka.  Boleh pilih  place yang dia senaraikan.

Ko ingat dengan bagi semua nie boleh tutup salah ko. Ko dah la menipu dalam berniaga!!

Korang nak tau tak, Katering nie dulu office dia dalam Kontena saja. Sekarang nie dah pindah ke Bangunan baru yang lebih besar. Dengan cara menipu macam nie la, dia buat duit. Tak berkat duit ko.

Kalu korang nak pilih Katerer,  baca profil dulu dan bertanya kepada kawan-kawan.  Jangan terpedaya dengan Anugerah dan Janji-janji manis.

Kos makan saja yang di quote ialah RM 17,000++. Bila tengok services dan makanan yang disediakan TIDAK seperti yang dipilih, duit yang dia ambil dari mama Aju TIDAK HALAL dan TIDAK BERKAT sebab menipu.

Aju tak sempat nak ambil gambar ditempat kejadian. Aju cuma fikir macam mana nak cari pinggan, sudu, senduk nak bagi tetamu dan Vip.

Nama Katerer nie ialah Papa Suk Catering & Services.

Sekian luahan rasa dan kekecewaan dari Aju.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge