Penyakit Dunia pada tahun 2020

Assalammualaikum.

Penyakit Dunia?

Lebih kurang setahun 2 bulan lagi kita akan menuju tahun 2020. Takut wei..

Korang tak risau ker?

Cuba tengok sekeliling bertapa kita sibuk mengejar dunia yang tidak mencukupi nie. Seorang membuat sehingga 2-3 kerja dalam masa sehari. Aduiii, apa nak jadi.

Disebabkan corak dan gaya hidup kita, bila sampai tahun 2020, ramai yang akan alami tekanan perasaan/ jiwa, depression, anxiety, kemurungan, stress dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan Emosi secara tidak Langsung.

tekanan perasaan tahun 2020Utusan Malaysia October 2016

Siapakah Golongan paling ramai

Wanita atau Lelaki yang paling banyak alami tekanan samaada tekanan di rumah, di pejabat, diri sendiri mahupun persekitaran? Bila berlakunya tekanan maka bermula lah gangguan mental/ emosi terhadap mereka. Mengikut statistik yang diambil pada Mei 2018, terdapat sebanyak 55% adalah Wanita manakala selebihnya iaitu 45% ialah Lelaki. Mereka ini pula dibahagikan kepada kaum yang bercerai sebanyak 13.6% manakala yang masih bujang tahap tekanan nya ialah sebanyak 13.1%. Lanjutan statistik ini boleh dibaca di link ini 7 Statistik Berkenaan Kesihatan Mental Di Malaysia.

Rencana dari Utusan Malaysia bertarikh 4 March 2018, penulis ada menyatakan bahawa terdapat peningkatan pesakit mental dan ianya bertambah sekali ganda dalam tempoh 10 tahun. Ianya dinyatakan oleh Profesor Bersekutu Psikiatri, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), Dr Ng Chong Guan.

Persoalan sekarang ini, apa punca berlakunya tekanan? Mereka yang telah bercerai mempunyai peratusan yang tertinggi mengalami tekanan berbanding mereka yang masih bujang. Persekitaran juga perlu memainkan peranan penting agar semua golongan boleh hidup aman. Jangan terlalu menjaga tepi kain orang lain. Betul kan? Masa untuk kita fikirkan tentang masalah ini pula. Macam mana untuk membendung trend penceraian dan atasi masalah ramai yang membujang.

Bagaimana berlakunya Tekanan Perasaan

Terdapat beberapa faktor yang terjadi membuatkan terjadinya tekanan perasaan.

  1. Tekanan di Pejabat : akibat kerja menimbun, dateline perlu dikejar, management yang banyak songeh
  2. Tekanan di Sekolah : guru tak best, kawan- kawan sekolah yang sombong, kelas yang mundur
  3. Tekanan oleh kawasan sekeliling : ramai sangat yang suka kepoci
  4. Tekanan oleh pasangan : pasangan yang terlalu busy dan tiada masa untuk keluarga
  5. Tekanan dengan Anak- anak : anak- anak yang suka memberontak dan juga anak – anak special.

3 Gejala berkaitan Gangguan Mental

Menurut Pensyarah kanan dan Pakar psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Michael Ang Jin Kiat, antara masalah utama gangguan mental ialah :

  • Sakit jiwa
  • Kemurungan melampau
  • Fikiran yang bercelaru

Bila terdapat gejala ini, pesakit akan mula bercakap seorang diri, melihat, mendengar, merasai sesuatu yang sebenarnya tidak wujud atau sedang berhalusinasi, mempunyai pendapat atau kepercayaan silap atau mengelirukan atau delusi, sakit perut, rasa cemas, takut, risau dan jiwa sentiasa memberontak.

Jika ianya tidak dikawal, maka berlakulah perkara diantaranya seperti  :

  • Bunuh diri (terbaru ialah anak ingin mengambil pt3, terjun bangun akibat tekanan dari ibu dan bapa tirinya)
  • Terjun Jambatan (akibat tanggungan hutang)
  • Buang anak (terlampau banyank sangat di newspaper dan berita tv)
  • Bunuh Ibu ayah (terbaru ialah kerat ayah akibat dadah. Ini salah satu punca untuk lepaskan tekanan dengan mengambil dadah)

Cara Mengatasi masalah Penyakit Jiwa dan Tekanan

Paling penting ialah sokongan keluarga. Kalau isteri dilihat mempunyai tanda tekanan perasaan, si suami dan anak- anak perlu mengambil langkah cepat seperti :

  1. berjumpa Pakar Psikiatri untuk diberi kaunseling dan psikotherapy
  2. cari root cause kepada tekanan perasaan ini. Jika disebabkan kepenatan dan depression dengan masalah rumah tangga, sila lah duduk berbincang
  3. bawa berjalan- jalan makan angin supaya mereka happy dan lupa masalah yang dihadapi
  4. banyak kan bersembang dengan mereka
  5. jangan membiarkan mereka berseorangan
  6. guna alternatif seperti Essential Oils untuk Emosi.

Alternatif Essential Oils

Terdapat beberapa Essential Oils yang dapat menenteramkan, menenangkan dan membantu mengawal tekanan perasaan mereka. Antara Essential Oils yang dapat membantu ialah :

  1. Release oil dimana semua orang perlu menggunakan oils ini bagi membantu badan untuk mengeluarkan semua perasaan yang terbuku di hati dan terbenam di benak fikiran.
  2. Tranquil oil dimana dapat membantu menenangkan, mengatasi rasa kegugupan, risau, cemas
  3.  Lavender oil dimana membantu membuat diri tenang, damai dan tidur dengan lena
  4. Cedarwood mampu menolong mengeluarkan apa saja bad memori dan mengembalikan new memori pada diri
  5. Believe oil membantu memberi semangat semula kepada si pemakai
  6. Joy oil membantu mengembirakan dan kembalikan mood happy di dalam diri mereka ini
  7. Orange oil membantu membangunkan diri/anak kesekolah dan kepejabat setiap pagi. Selain itu bagus untuk mengembirakan hati yang tengah luka lara.

Harap entry ini dapat membantu kita lebih memahami tentang Penyakit Mental. Dr Wan Azizah, TPM Malaysia dalam akhbar Utusan Malaysia 12 Oct 2018, juga telah mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk melihat semula Dasar Kesihatan Mental negara untuk mengambil langkah pencegahan, intervensi awal, membina daya tahan dan mewujudkan gaya hidup sihat.

Sihat Mental, Sihat Badan, Keluarga Bahagia~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge