Di pagi Jumaat yang sangat indah. Dah lama tidak ku coretkan cerita- cerita santai yang membawa kepada perasaan sayang. Saya tidak mengunakan ungkapan Cinta sebab Cinta itu akan pudar tapi Sayang itu akan kekal selamanya sehingga ke Jannah.

Perasaan Sayang itu sangat indah jika kita lihat dari sudut yang positif. Allah tiupkan rasa sayang pada setiap hati kita semua. Samaada kita perasan ataupun kita berselindung dan menjauhkannya.

Tak salah jika berputiknya rasa sayang antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tapi jangan lupa pada batas- batasnya. Tak salah untuk kita kenal dan saling berkenalan dan jika sayang itu kuat, maka terjadilah satu ikatan yang sah. Doakan supaya sayang di hati itu kukuh dan kuat.

Saya pun tidak terkecuali untuk ada satu perasaan sayang itu. Bukan senang untuk saya sayangkan orang selain sayang saya pada keluarga. Kita lupakan seketika mengenai umur. Sayang tidak mengenal berapakah umur kita, yang pasti orang itu mempunyai ilmu agama yang kuat dan adab yang sopan.

[ tepuk dada tanya hati. umur hanya la angka. sayang tidak berpaksikan umur ]

Sayang la berapa ramai kita nak sayang. Tapi kekalkan hati hanya pada seorang. Sayangi la pada orangnya, pada agamanya, pada adabnya dan sayang pada perangainya.

Sentiasa ku pohon dalam Doaku ” Ya Allah ketemukan aku dengan jodohku. Yang baik untuk ku, keluargaku dan agama ku. Tiupkan lah rasa sayang itu pada hati yang berlandaskan syariat dan tidak pesongkan hati pada perkara yang tidak baik “

Jangan putus harap dan konsisten berdoa. Insyaa Allah.

Sayang pada Diri, pada Keluarga dan sayang pada Orang yang Allah ketemukan. Aamiin.

[ Sekian ]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge