Siri III : I.M.D.I

Pagi Subuh tadi, hati terdetik untuk ambil MC. Badan terasa letih. Tapi disebabkan masih hari ke -3 di tahun 2019, aku gagah kan jua diri untuk ke office.

Sampai ke parking office, masih ramai lagi yang belum sampai. Tengah jalan meuju ke lfit, ternampak susuk tubuh ini berjalan dari arah parking motor. Seperti biasa, memandang mengunakan anak mata sahaja. Di pintu lift, aku di sapa dari belakang, ” Assalammualaikum “. Aku pun menoleh seolah cam akan suara itu. Sambil memandang aku menjawab ” Waalaikumsalam”. Dalam hati, dah kenapa pula mamat nie. Penangan tahun 2019 !! Dulu bawa kereta, kenapa tetiba bermotor berjaket bagai.

[ macam pelik.. selama di sini, tak pernah dia naik moto. takde la kepo kan, tapi berapa ramai nya rakyat kat sini, memang akan cam la kalau ada yang berubah]

Nak tegur, tapi segan pula. Adoii la. Nanti dikata nya menyibuk. Boleh pula both diam membisu. Ishh

Apa pun terbaik la bro ! Smart !

Layan dulu lagu nie. Ticer i hantar kat group.

………………………………………………………………..

Ingin ku selalu berada di matamu
Yang ku rasa sentiasa kau ada di hatiku
Terjatuh ku memohon
Pada Yang Esa Yang Maha Berkuasa

Korus
Sampai salamku buat yang tercinta
Yang terulung yang mulia
Bulan pun menunggu kehadiranmu

Mungkin tak dapat ku melihatmu
Belum masa untuk kita bertemu
Sungguh yang ku rasa kehadiranmu

Sungguh yang terindah langit dan purnama
Bagai malam yang hadir mengadukanmu
Cinta yang terindah gemerlaplah sudah
Sungguh yang ku rasa kehadiranmu

Dalam doa aku selalu kau ada di depanku
Ku memohon kau selalu berada di hatiku
Terjatuh ku memohon pada Yang Esa

Korus
Sampai salamku buat yang tercinta
Yang terulung yang mulia
Bulan pun menunggu kehadiranmu

Mungkin tak dapat ku melihatmu
Belum masa untuk kita bertemu
Sungguh yang ku rasa kehadiranmu

Sungguh yang terindah langit dan purnama
Bagai malam yang hadir mengadukanmu
Cinta yang terindah gemerlaplah sudah
Sungguh yang ku rasa kehadiranmu
Sungguh yang terindah kehadiranmu

Penyanyi : Lah Ahmad