Siri I : Imam Siapakah Dia Ini (I.M.D.I)

Isnin hari yang paling buat semua orang mood swing. Tapi kan..kalau esok hari nya hari cuti, horeyyy la hidup ini. Dalam seminggu kerja hanya 4 hari. Cerita lain bagi ku. Sabtu dan Ahad penuh aktiviti buat ku. Bila Isnin menjelma, mula la gagahkan diri pergi kerja dan otak masih belum boleh berfungsi sepenuhnya.

Lambat enjin nak panas walaupun pagi tadi mandi air panas. Hahaha.

Dah kunci pintu, tunggu lift, baru teringat jam tangan tertinggal. Dalam hati, takperla, jam handphone ada.

Panas kan enjin kereta, keluar guard house pergi stesen minyak, isi minyak yang tinggal separuh. Aku kalau minyak separuh, mesti pie isi. Takut la emergency, naya minyak petrol takde. Memandu pagi nie dengan ramai yang masih bercuti, sambil layan HotFM sampai la ke parking kereta office. Sampai parking, guard angkat tangan tabik. Ewahhhh macam orang – orang besar pula. Tanda hormat, kita angkat untuk respon.

Sampai parking..mak oiii sunyi sepi. Dah elok parking masuk kotak. Aku sandar kan diri kat kerusi. Hilangkan lelah seketika. [ tak boleh lelama, sbb parking masih kosong ]. Angkat beg, keluar dan jalan ke pintu lift di blok B untuk ke G floor. Pepagi masuk kerja kena la thumb-in dulu. [Nanti kena potong gaji kalau tak thumb ]. hihihi.

Button lift ditekan, sekali dari tingkat 4, lift turun sehingga B2. Dalam hati, ooo ada staff parking B2 sebab perasaan ada kereta lalu depan parking B1.

Pintu lift terbuka, terpaku seorang lelaki dengan senyuman. Aku pun melerek kan senyuman. Langkah masuk lift dan tekan button G dan cari posisi untuk berdiri di sebelah kanan pintu. Sambil tangan ku bersilang dengan pertanda jangan ganggu. Si dia tadi berdiri di sebelah kiri pintu kebelakang sedikit.

dari B1 nak ke G tak dela tinggi mana.  Aku menundukkan kepala kerana segan dan malu. Entah la dengan dia nie, aku rasa segan sangat. [ maybe sebab cara dia yang sopan dan kelihatan alim kot ].

Tetiba, aku disapa lelaki ini. ” Cantik baju awak “.  Aku terus panggung kan kepala dan senyum. Dia hanya senyum disudut itu sambil memandang.

[ aku blur nak respond apa. ]

a few second membatu, sambil pandang pintu lift, aku cakap ” Thank you”. Malu dan segan wei.. Ya Allah. Jantung aku laju macam nak terkeluar. Terkedu tak terkata. Apa hal la aku nie. Orang tegur pun ko cuak!!

Dari anak mata ku, ku nampak dia hanya senyum jer sambil memegang handphone pandang aku. Buka pintu lift, aku toleh nak tanya, “ada kelas ker, bukan student cuti”. Dibalasnya “takde kelas”.

Aku end kan conversation dengan “Bye”. Patut nya Assalammualaikum, tapi terkeluar Bye. Ku dengar disambut nya “Bye” jua sebelum pintu ditutup.

Jalan menuju ke tempat thumb, aku thumb dan jalan menuju ke blok A untuk ke office. Sambil jalan, otak berfikir.

Imam siapa kah dia ini? Untung wanita itu!