Siri IV : M.T.R.K

….sambungan

Aku seorang yang very particular untuk bercakap dengan sesiapa. Kalu orang kata aku memilih orang untuk bercakap, yes i am. Cukup bagus Aku mempunyai instinct yang sangat kuat tentang orang yang datang bertemu dengan ku. Aku boleh rasa niat mereka-mereka ini. Samaada jujur ataupun sebaliknya. Tak kira la stranger ataupun family sendiri. Tapi bila aku selesa dengan seseorang, aku boleh saja berbual tentang apa saja walaupun hanya ketemu 2-3 jam saja. Itu la aku.

Di sebabkan oleh instint ini, aku sentiasa berhati- hati supaya tidak mengecewakan sesiapa… Dugaan?

Kita tidak dapat lari dari dugaan. Jika ianya sudah Kun Faya Kun, kita tak dapat lari. Hidup ini adalah pilihan. Pilihan ditangan kita dan penentunya ialah Allah s.w.t. Apa jua pilihan kita perlu back to basic dengan Solat Tahajud meminta dan bercakap dengan Allah.

Solat Tahajud sentiasa ku jaga.

Setiap pertemuan sudah tersurat dan tertulis oleh Nya. Setiap dari kita punyai Cerita kita sendiri. Kita yang perlu mencorak dan menulis Cerita kehidupan kita. Aku juga tidak terlepas dari menulis Cerita kehidupan aku sendiri. Adakalanya manis dan adakala nya pahit. Itu adalah liku buat Khalifah di Bumi Allah s.w.t.

Tidak dinafikan aku sentiasa berdoa supaya dipertemukan dengan “Rusuk Kiri ku”. Tapi mereka yang hadir dan muncul dalam hidupku hanya lah sekadar insan biasa yang tidak lebih sebagai seorang kawan dan sahabat bercerita mendengar dan nasihat menasihati. Walaupun chemistry itu wujud. Bila di lihat dari segi Metafizik, salah satu ciri ku ialah aku seorang yang mempunyai sifat kekeluargaan, mengambil berat tentang keluarga dan ciri sikap aku ialah seorang yang peramah dan berterus terang. Kerana sifat ku yang berterus terang, secara tak langsung membuatkan mereka yang aku kenali akan datang at one point mereka sendiri akan berterus terang.

Sejak aku istiqomah solat tahajud dan solat istikarah meminta pertunjuk, ada suatu wajah muncul dalam setiap tidur ku. Tapi siapakah gerangannya. Instinct ku semakin kuat dan cuba untuk menunjukkan sesuatu.  I can`t see it clearly. Sometimes menganggu fikiran ini. Tapi i just let it go.

Yer la mana ada  insan yang mahu hidup seorang diri dan melalui corak kehidupan berseorangan. Bila umur semakin mengejar dan masa yang ada semakin suntuk, sometimes frustration muncul dan ketakutan muncul. Disini lah aku perlukan Essential Oils (EO) untuk overcome my frustration. I found EO yang mampu overcome all these. Forgiveness EO and a few oils yang sedang ku guna untuk get diri aku connected dengan diri sendiri semula bagi merasa semula perasaan kasih sayang, kegembiraan, ground dan peace. Aku perlu merasa berpijak semula di bumi dan tanah. Berpijak menerima kenyataan dan let go something that not my responsibility.

Antara kawan dan pasangan adalah entiti yang berbeza. Adakah ini Takdir? Apa pun jangan putus doa padaNya. Lambat tidak bererti tiada. Cuma Allah sedang menguji perjalanan aku lagi. Allah sedang menulis yang terbaik buat ku. Aku juga menulis sesuatu yang terbaik buat ku. Masa yang ada ini, cuba ku isi untuk perbaiki diri ini dan bersiap sedia atas sebarang kemungkinan yang akan terjadi.

Antara ciri metafizik diriku ialah “Cinta merupakan kekuatan Aku. Cinta pada pasangan, adik beradik, saudara mara dan seluruh keluarga”

Padaku jika benar dia adalah milikku, apapun halangan atau apapun terjadi, dia tetap akan jadi milikku. Aamiin~

Hayati setiap bait-bait lirik ‘Takdir’ dari Dayang Nurfaizah ini. Pasti you all faham. 

Ku sembunyi tiap satu perasaan
Tak berdaya menafikan
Wajah ini
Tawa ini
Senyum ini
Sebagai topengku

Tiap insan dijadikan berpasangan
Aku pun jua mendamba
Satu cinta
Sentiasa berdua
Bermanja
Bersenda

Ku tahu masaku kan tiba
Kelak meraih bahagia
Dengan dia yang setia

Mengapa hati kerinduan
Mengapa resah tak tertahan
Padamu Tuhan ku serah segala
Ketemukan aku dan dia

Ke berlari cari wajah yang kulihat
berkali di dalam mimpi
Tawa itu senyummu matamu melerai sepiku

Ku tahu masaku kan tiba
Kelak meraih bahagia
Dengan dia yang setia

Mengapa hati kerinduan
Mengapa resah tak tertahan
Padamu Tuhan ku serah segala
Ketemukan aku dan dia

Mengapa hati kerinduan
Mengapa resah tak tertahan
Padamu Tuhan ku serah segala
Ketemukan aku dan dia

Kerinduan ooohh

Padamu Tuhan ku serah segala
Ketemukan aku dan dia
kuterima takdir cinta