Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!

Terdapat 6 cara terbaik untuk mengawal nafsu makan. Kita sebagai manusia susah untuk mengwal makanan. Kita selalu makan sebanyak 5 kali sehari.Betul ker???

5 WAKTU MAKAN = 3 KALI MAKAN BESAR + 2 KALI SNEK

6 Cara Kawal Makan

Terdapat 6 cara untuk mengawal nafsu makan. Antaranya ialah:

  1. Sebelum Makan ambil 2 gelas Air Putih

Dengan pengambilan air putih sebelum makan boleh membuatkan anda rasa kenyang dan ini akan membuatkan anda tidak makan terlalu banyak. Dalam masa yang sama anda boleh mengurangkan sehingga 60 kalori setiap kali makan.

2. Perbanyakkan Ikan dalam Makanan harian

European Journal of Clinical Nutrition mengatakan bahawa seseorang yang makan ikan akan lebih rasa kenyang berbanding mereka yang makan daging merah.

3. Pilih Sayuran berwarna Oren dan Hijau

90% air dan serat terkandung di dalam sayuran oren dan hijau. Ini membuatkan anda rasa kenyang dan perut semakin penuh. Antara sayuran pilihan ialah lobak merah, bronkoli, bayam dan sebagainya.

4. Ambil Cuka dan Kayu Manis

Dua bahan ini telah terbukti mampu membantu mengawal kadar gula dalam darah dan membuatkan anda rasa kenyang. Kajian ini telah dilakukan oleh ‘Department Agricultural and Food Sciences di Zurich, Swiss’.

Kadar gula di dalam darah yang stabil, akan membuatkan  rasa ingin makan benda manis atau karbohidrat dapat dikurangkan. Kadar gula yang turun naik membuatkan seseorang itu cepat rasa lapar.

5. Ambil Karbohidrat Kompleks

Karbohidrat kompleks terdiri daripada kentang, oatmeal dan beras merah  boleh buatkan anda rasa kenyang berpanjangan selama berjam lamanya. Makan juga dapat dikurangkan sebanyak 320 kalori sehari. Jika anda suka makan nasi, sila gantikan nasi putih atau pasta dengan kentang rebus. Ini adalah kajian di dalam British Journal of Nutrition.

6.  Ambil Snek Kacang

Kacang mengandungi serat, protein dan lemak yang dapat mengaktifkan rasa kekenyangan dan menyebabkan anda makan dalam quantiti yang sedikit. Oleh itu, kalu terasa lapar, boleh la ambil snek kacang seperti badam dan kacang tanah sebagai snek.

Kacang ini boleh diambil selalu tetapi perlu menghadkan pengambilannya. Ianya mengandungi kalori dan lemak yang sangat tinggi. Cadangan makanan hanya lah segenggam kacang dalam sehari.

Selamat mencuba!

-Aju-

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge