Siri Kurus Pertama: 5 Sebab berlakunya Perut Buncit

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Alhamdullilah, hari nie Aju mulakan siri kurus dengan mengempiskan perut buncit. Ramai antara kita mengalami masalah perut buncit selain daripada masalah lemak di peha, tangan dan seluruh badan. Kita perlu tahu bagaimana perut boleh jadi buncit. Perut buncit nie bukan sahaja berlaku di kalangan lelaki tetapi wanita juga tidak ketinggalan.

Bagaimana Perut Buncit ini berlaku?

Tedapat 5 sebab berlakunya lemak berlebihan di perut maka berlakunya perut buncit.

1. Makan berlebihan

Makan berlebihan ini merujuk kepada ketidakseimbangan di dalam diet harian. Kita sebagai manusia suka makan ikut nafsu dan bukannya makan ikut keperluan. Kalu ikut cara Nabi, kita perlu makan sebelum perut rasa kenyang. Jika kita makan berlebihan, jumlah kalori dan lemak yang tinggi akan terkumpul di bahagian perut.

2. Perubahan Hormon

Wanita yang alami menopause mempunyai potensi untuk naik perut. Ini adalah kerana penurunan produksi hormon  seks estrogen yang membuatkan perut lemak meningkat.

3. Merokok

Kaum lelaki yang merokok perlu tahu tembakau di dalam rokok merosakkan sistem pencernaan. Jika anda merokok selepas makan, anada akan terasa perut anda kembung. Ini adalah kerana sistem pencernaan tidak berfungsi dengan baik.

4. Stress

Bila kita stress, dengan secara automatik badan kita akan terasa kenyang dan ini membuatkan lemak terkumpul di bahagian perut. Ini membuatkan perut kelihatan mengembang dan mengeleber.

5. Tidur selepas Makan

Ini selalu yang kita buat iaitu, makan tengahari dan tak sampai sejam, mata mula mengantuk dan terus cari bantal dan tidur. Woowww…. Ini adalah satu sikap yang perlu di perbetulkan. Ianya amat merbahaya kepada jantung dan sistem pencernaan. Kolesterol akan terkumpul di jantung dan lemak akan terkumpul di perut.

Secara tidak langsung, perut buncit terjadi akibat oleh displin seseorang dan tabiat seseorang.

Ikuti Siri Kurus Kedua : Suplemen membantu mengempiskan perut.

Terima kasih membaca….

Aju Atelier

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge