Young Living Essential Oils

Young Living (YL) Essential Oils ini telah bertapak di Malaysia sejak 2014. Pengasas YL ialah Dr Gary Young.

 

Ladang Essential oils

Essential oils ini dari sumber tumbuh- tumbuhan  telah membawa kepada penciptaan rangkaian minyak pati dan campuran terbesar dunia. YL mempunyai 6 Ladang tersendiri antaranya ialah :

  1. Ladang Young Living, Ecuador
    Menanam semua daripada biru minyak kayu putih sehinggalah serai dan palo santo, Finca Botanica Aromatica mempunyai keluasan 2,000 ekar tanah subur dan kilang penyulingan yang canggih.
  2. Ladang Lavender Utah, A.S.
    Ladang herba dan kilang penyulingan yang terbesar di dunia, ladang Whispering Springs berada di Mona, Utah, menampilkan hampir 1,400 ekar herba wangi dan dibuka kepada pengunjung sepanjang tahun.
  3. Ladang St. Maries Idaho, A.S.
    Tanah yang tulen dan keadaan semula jadi yang bersih dikelilingi oleh hutan malar hijau menjadikan St. Maries lokasi yang ideal untuk membiak dan menuai lavender, melissa, dan tansy.
  4. Ladang Highland Flats Tree Idaho, A.S.
    Menanam berekar-ekar fir balsam, pain, cedar merah Barat, dan spesis lain yang terkenal dengan ciri bermanfaat, ladang Highland Flats kami terletak di perkampungan desa Naples, Idaho.
  5. Ladang Simiane-la-Rotonde, Simiane, Perancis
    Terletak di pergunungan Provence dikelilingi padang herba yang harum, Ladang Simiane-la-Rotonde untuk menghasilkan lavender, lavandin, rosemary, dan clary sage.
  6. Ladang Salalah, Salalah, Oman
    Dikhususkan hanya untuk membiakkan pokok Boswellia sacra, Ladang Salalah menyuling minyak Kemenyan yang berharga.

 

Pakar Penasihat Saintis

YL mempunyai PAKAR SAINTIS yang terdiri daripada pakar Psikologi, Pakar Genetik, Pakar Imunology, Pakar Penjagaan Perubatan, Pakar Biologi, Pakar Perubatan Nutrisi, Pakar Biokimia dan ramai lagi. Maklumat lanjut tentang saintis boleh layari Majlis Penasihat Saintifik

Produk Essential Oil

Produk essential oil Young Living bermula dengan Seed to Seal yang merangkumi 5 proses iaitu :

  1. Benih
    Minyak pati datang daripada benih dan tumbuhan yang disahkan potensi minyak pati oleh pakar Young Living dan usaha sama dengan pakar universiti.
  2. Biak
    Ladang Young Living, terletak di seluruh dunia, didedikasikan untuk mencapai kaedah penanaman dan penuaian yang terbaik. Pakar YL juga berjalan ke seluruh dunia mengunjungi ladang koperasi  bagi mengesahkan yang proses penanaman dan pembiakan mereka sepadan dengan standard tinggi YL. Operasi ini menyediakan sumber berterusan bagi minyak pati yang memenuhi standard kualiti Young Living yang ketat.
  3. Suling
    Menggabungkan teknik purba dan moden, Young Living dikenali sebagai pencetus inovasi dalam penyulingan minyak pati. Kami menggunakan teknik proprietari yang lembut bagi mengekstrak secara wap minyak pati yang paling berkesan, serta menggunakan penekanan sejuk dan kaedah penorehan resin bagi minyak tertentu.
  4. Ujian
    Young Living tidak pernah menerima minyak yang dicairkan atau tidak bersih. Bagi menjamin kualiti yang konsisten, minyak kami diuji di makmal dalaman Young Living sendiri, juga di fasiliti pihak ketiga, bagi memastikan yang ia memenuhi spesifikasi yang ketat, melangkaui standard antarabangsa, dan mengandungi tahap sebatian bioaktif semula jadi yang optimum.
  5. Kedap
    Young Living melengkapkan proses Seed to Seal dalam kilangnya seluas 107,000 kaki persegi di Spanish Fork, Utah. Menggunakan peralatan tercanggih, setiap minyak pati dibotolkan dengan berhati-hati ke dalam botol kaca ambar berperlindungan—sedia untuk dihantar kepada ahli di seluruh dunia.

 

credit to : Kualiti Young Living